3 Persediaan Wajib Peniaga Lakukan Bagi Berdepan Situasi Selepas Raya

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

Dalam beberapa minggu sahaja lagi, kita akan menyambut hari Raya yang setahun sudah kita menunggunya. Tapi adakah kita hanya akan redha dan membiarkan sahaja tanpa sebarang persediaan untuk perniagaan kita. Adakah kerana hendak meraikan Raya, kita sanggup  biarkan perniagaan yang menjadi punca pendapatan kita akan diabaikan tanpa perancangan.

Pada pandangan saya, sangatlah tidak bijak sekiranya kita tidak mengambil apa-apa langkah persediaan sebelum kita menutup operasi perniagaan kita sempena menyambut Raya yang hanya 2 hari atau paling lama 10 hari kita rayakan. Selepas dari itu, kita pasti akan kembali bergantung harap kepada sumber pendapatan yang dapat disumbangkan dari perniagaan kita.

Bagi membuat persediaan terhadap sesuatu perniaagaan yang akan dibuka semula selepas Raya, terlebih dahulu perlulah dikenalpasti apakah corak dan trend sesuatu perniagaan tersebut.

Perniagaan seperti katering, pemasangan kanopi, kambing bakar golek akan berbeza sekali persediaannya berbanding perniagaan yang sebelumnya sangat rancak seperti perniagaan butik pakaian dan cookies raya.

Persediaan yang sangat-sangat disarankan oleh peniaga bagi menghadapi situasi selepas Raya adalah :

Pertama :

Buat jangkaan berkenaan trend permintaan dan jualan bagi bisnes anda. Sekiranya dijangkakan trend permintaan adalah tinggi, pastikan kita bersedia dengan jadual kemasukan semula staf yang baik dan berhikmah. Shortage of staff di saat-saat kemahiran dan tenaga mereka suatu yang amat diperlukan merupakan suatu malapetaka. 

Pengalaman saya di kilang memproses satay saya suatu ketika dahulu, setiap kali selepas raya, permintaan bagi produk satay dan kuahnya akan meningkat 3 ke 4 kali ganda. Dan  operator pengeluaran terutamanya yang 100% orang tempatan, kemeriahan raya bermakna menyambutnya sehingga lesu. Cuti yang pendek hanya akan memberikan tekanan kepada staf yang memungkin notis tender jawatan diserah seawal sebelum raya lagi.

Jadi, persediaan bagi mengatasi masalah tersebut, saya akan menyiapkan stok-stok buffer sebanyak mungkin sebelum raya lagi. Dan selepas raya, permintaan yang tinggi hanya akan dibekalkan dari stok-stok yang sedia banyak yang disediakan sebelum Raya.

Sebaliknya, jika dijangkakan trend bisnes kita adalah dari jenis yang suam-suam kuku selepas raya, persediaan bagi mengurangkan pening selepas raya adalah liquidkan sebanyak mungkin semua stok-stok bisnes kita sebelum raya lagi.

 

Kedua :

Jika jangkaan bahawa perniagaan kita akan slow selepas Raya. Kita juga tidak sepatutnya sekadar pasrah. Gunakan peluang masa yang ada sepanjang Ramadhan untuk merancang pemangkin menaikkan momentum aktif selepas raya kelak. Saya sarankan, baki masa sebelum raya yang ada, kita manfaatkan untuk merancang pembikinan promosi perniagaan kita. Dengan harapan promosi yang kita dapat mainkan sebelum raya, semasa raya dan sebaik selepas raya, dapat membantu memanaskan permintaan terhadap perniagaan kita.

ReviewStations.com mungkin adalah platform yang boleh difikirkan bagi membantu anda mengadakan iklan-iklan video promosi yang kemudiannya boleh digunakan untuk dihebahkan menerusi media-media sosial. Tambahan lagi, slot-slot di ReviewStations.com  masih ada tawaran harga 80%. Maka disarankan, para peniaga mungkin boleh menimbang untuk membuat tempahan sementara peluang masih terbuka.

Bersedia Dengan Promosi Selepas Raya Jika Kita Mengjangka Perniagaan Kita Akan Slow Selepas Raya. Promosi adalah Pemanas Kembali Corak Permintaan Perniagaan Kita.

 

Ketiga :

Persediaan yang paling penting juga bagi menghadapi situasi selepas raya kelak adalah persediaan spiritual dan mental. Bersedialah untuk menghadapi apa sahaja dugaan dan rintangan mahupun peluang yang akan mendatang. Semuanya harus kita hadap dan laluinya dengan tenang dan bersungguh-sungguh.

Badri Jaafar

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *