National Food Innovation And Product Development

https://www.instagram.com/nfipd19/

Hari ini saya diberikan kesempatan menjadi judge kepada program National Food Innovation and Product Development (NFIPD) yang dianjurkan oleh PERTEMA UiTM Shah Alam. Program ini merupakan platform kepada bakal-bakal graduan Food Technology untuk menunjukkan bakat mereka dalam menginovasikan produk-produk makanan. Lebih mengujakan bilamana tema untuk NFIPD kali ini menekankan tentang innovasi makanan sihat dan pengurangan gula dalam makanan.

Apabila saya mendapat invitation beberapa minggu lepas, saya cuba luangkan juga jadual kerja padat saya. Ada beberapa sebab kenapa saya bersetuju memberikan komitmen pada acara ini.

Pertama :

Kerana UiTM sentiasa di hati saya. Tambahan lagi, inilah institusi yang memberikan segulung diploma yang merupakan pengiktirafan tertinggi akademi saya. Lebih-lebih lagi, jika ianya undangan dari PERTEMA. Tak mungkin dapat saya menolaknya. Tapi tak sia-sia saya join, saya dapat rezeki berjumpa dengan orang yang banyak jasanya pada saya. Dah lebih 25 tahun tak jumpa.

Kedua :

Sebab saya nak menilai tahap kreativiti bakal-bakal graduan yang akan memasuki pasaran sebenar tidak lama lagi. Saya ingin juga menilai tahap persediaan dan pemahaman mereka berkenaan demand dan keperluan IR 4.0.

Sepanjang perjalanan ke program tersebut, saya membayangkan saya akan dihidangkan dengan idea-idea produk innovasi baru yang sangat-sangat rapat dengan keperluan IR 4.0. Saya juga mengimpikan elemen IR 4.0 diaplikasikan oleh food innovater ini. Tapi, separuh dari perjalanan, bila dekat-dekat nak tiba, saya tersedar…Hey Badri…yang u nak pi judge ni, fresh graduate Degree level la…..so, saya lower down my expectation..

Tapi…..

Apabila saya mula bergerak ke meja-meja pameran produk dan membuat judgement sebenar, dan diberikan penerangan tentang produk-produk innovasi oleh bakal-bakal graduan ini, walaupun tidak lah mengambilkira IR 4.0, namun produk-produk dipersembahkan sangat mengujakan dan kreatif. Ada nilai komersial yang tinggi bagi kebanyakkan produk dicipta.

Saya sebagai seorang yang telah mencipta berpuluh-puluh produk dipasaran secara jujurnya memuji kreativiti dan innovasi yang dipersembahkan oleh adik-adik (eh silap, anak-anak) saya hari ini. Satu kata-kata semangat yang sangat ikhlas dari saya untuk kamu semua, kebanyakkan produk baru hari ini mempunyai Nilai Komersial yang tinggi di pasaran luar sana. Namun sedikit penambahbaikan diperlukan untuk menyaingi pasaran yang penuh gelora dan saingan.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Nasi Lemak Adabi..Siapa masih ingat??

Nasi lemak Adabi, antara satu fenomena suatu ketika dahulu

Saya tak pasti siapa yang masih ingat akan produk ini. Kemungkinan pekerja-pekerja Adabi yang ada sekarang pun tak pernah tahu tentang kewujudan produk ini.

Nasi lemak Adabi adalah antara projek saya semasa menjadi Food Technologist di Adabi dahulu. Jika tidak silap saya ianya dimulakan sekitar tahun 1995 dan tarikh ia berakhir saya tak pasti sebab hayat saya di Adabi pun berakhir pada penghujung 1996.

Nak tahu lebih lanjut, nanti saya ceritakan

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Menjual Bisnes, Adakah Patut Saya Menyesal..

Beberapa tahun dahulu, saya memulakan perniagaan penghantaran makanan, food delivery dengan jenama “Makansini“. Ianya menjadi jenama #1 di Malaysia ketika itu. Bisnes ini sangat memberansangkan dan maju. Purata jualan untuk makan tengahari sahaja sekitar 2800-3000 pek sehari. Jika dihitung untung bersih dengan mengambil kira purata RM 2.5 per pek, tak kurang RM7000 sehari atau RM 140,000 sebulan (untung bersih tau…)

Jadi, kepada pakcik dan adik-adik yang baru dalam bidang bisnes ini, jangan teruja sangat dengan bisnes-bisnes viral pakcik dan adik-adik yang sedang meletup, sabar dulu…tunduk kan sedikit ego, sebab dalam bisnes hari ini kita disini, esok tak tahu kita dimana.

Ketika saya memulakan bisnes penghantaran makanan food delivery ini, servis seperti ini sangatlah rare dijumpai. Jenama yang ada dipasaran secara aktif ketika itu dalam bidang servis ini hanyalah jenama saya, Makansini disamping Food Panda sebagai pesaing tersengit dan lain-lain jenama persendirian seperti KFC Delivery, McD Delivery, Domino Pizza dll. Grab food belum ada…haaa…haaaa….

photoshoot product
https://keledek.com/fotografi-produk/

Boleh la dikatakan, saya memikirkan servis penghantaran makanan ini mendahului masa. Sebelum ianya meletop-letop sekarang saya dah pun memulakannya.

Perniagaan bagus, untung tinggi, kenapa saya tidak teruskan ?????

Jeng-jeng-jeng……inilah yang nak ceritanya….

Ingin sebab utama saya jual makansini

Hari ini, apabila saya membuka FB saya, ada satu post dari seorang abang yang mohon doakan kesembuhan adiknya yang kemalangan ketika bekerja menghantar makanan. Adiknya baru terlibat kemalangan pagi ini. Adiknya bekerja sebagai part time rider sementara cuti semester universiti. Demi mencari sedikit extra income, musibah begini yang dihadapi…

Air mata saya tak boleh ditahan. Mengalir secara tiba-tiba. Dua air mata serentak yang mengalir. Satu air mata panas kerana simpati dan kasihan. Satu lagi air mata sejuk, kerana bersyukur saya telah menjual bisnes penghantaran makanan saya lebih awal sebelum apa-apa kejadian seperti ini berlaku kepada kakitangan saya. Jadi saya mengalirkan air mata suam.

Jadi, saya rasa pembaca sudah dapat mengagak, adakah saya menyesal menjual bisnes penghantaran makanan food delivery saya.

Jika seseorang berhati kering, yang hanya memikirkan keuntungan…memang sepatutnya menyesal menjual bisnes yang sememangnya mempunyai potensi yang sangat positif.

Tapi, saya tidak menyesal menjual bisnes tersebut. Kerana, saya lebih mementingkan ketenangan di hati saya. Saya lebih rasa bangga sekiranya saya tidak miliki keuntungan berjuta atas tunggangan saya terhadap nyawa dan darah orang lain.

Saya tak sanggup melihat kakitangan-kakitangan saya keluar masuk hospital dan lebih parah lagi, saya tak akan pernah sanggup mana-mana ahli keluarga kakitangan saya menunggu di bilik forensik mahupun di bilik mayat menuntut ahli keluarga mereka yang kemalangan maut kerana menghantar makanan dari syarikat saya.

Biar tak kaya, asal tenang selamanya.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

DUNIA BERPUTAR UMPAMA RODA

===========================
DUNIA BERPUTAR UMPAMA RODA
===========================

Saya orang tua. Itu perasaan saya. Biarpun ramai beranggapan saya masih muda trang tang-tang, tapi, jiwa saya mengatakan saya orang tua.

Pemikiran saya juga agak kuno. Orang ramai dah tinggalkan membaca buku. Mereka banyak menelaah ebook dan guna carian pakci gugel saja. Tapi, jiwa saya tiba-tiba meruntun untuk kembali membaca buku-buku.

Semalam, ketika saya diruang setor rumah saya, saya terjumpa kembali buku lama saya. Buku ini saya dapat dari Puan Saadiah Mat Alim (kalau tidak salah) pada tahun 2001 yang lalu.

Beliau beri buku ini untuk saya belajar kaedah-kaedah marketing, memandangkan ketika itu saya baru berjinak dalam bidang pemasaran.

Almaklumlah, dari seorang food technolgist, di minta menjadi Sales Executive dan merangkap marketer. Ilmu kosong, idea kosong ketika itu. Ditambah, bidang ini tak pernah saya mimpikan untuk menceburinya.

Dengan buku ini saya mula belajar marketing. Buku tebal ini saya baca terkial-kial. Tambahan lagi, saya yang berasal dari Kodiang, English pada saya umpama orang Arab membaca tulisan Cina. Nak faham sesuatu yang ditulis, umpama budak tadika nak mengenal huruf.

Alhamdulillah, dengan penuh kepayahan berbekal semangat, saya berjaya membaca dan memahami sedikit sebanyak kandungan buku paling asas dalam marketing ini. Hasilnya, dari seorang pemuda (hee…hee..hee, sebab masa tu, umur saya 27 tahun) yang kosong ilmu marketing, kemudian berjaya meletakkan diri sebagai Head of Sales and Marketing di syarikat ternama di Malaysia iaitu Ramly Burger. Dan paling best lagi, hasil dari pembacaan inilah sebenarnya yang saya gunapakai sehingga berjaya menukar sales Ramly Burger di zaman saya dari kecil sehingga multi-million.

Dan…hari ini, dengan berbekal semangat nak refresh semula ilmu marketing, saya akan mula menelaah semula buku yang dah hampir 20 tahun tersimpan di setor ini.

Siapa yang nak saya kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat sepanjang baca semula buku ni? Jika nak, ada pengerasnya. Mohon share post ini ke wall anda, dan selepas tu saya akan jemput anda dalam Group Belajar Marketing Bersama yang akan saya buat nanti.

BJ
badrijaafar.com/blog
16/7/2019

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Signboard Kedai – Perlu atau Tidak ??

Pagi ini, semasa nak masuk ke pejabat saya terserempak dengan jiran-jiran yang sejak puasa lepas tidak bersua. Saya mengambil kesempatan beraya dengan mereka sekejap. Ketika ini, mereka sedang menjalankan kerja baik pulih disebuah kedai yang juga bersebelahan pejabat saya.

Dalam pertemuan singkat tersebut, saya juga berkesempatan bersua muka dengan pemilik kedai yang merupakan jiran pejabat saya. Sudah 3 tahun rupanya kami berjiran tapi tidak saling mengenali. Masing-masing bertanya aktiviti perniagaan masing-masing.

Beliau, menjalankan perniagaan menjahit pelbagai baju secara pukal untuk dibekalkan ke butik-butik dan untuk pemasaran online. Saya pula antara aktiviti perniagaan di sini adalah sebagai studio photoshoot produk dan fesyen.

Haa.. kena sangat la tu. Perniagaan kami berkait rupanya. Tetapi disebabkan sebelum ini tidak mengenali satu sama lain, tiada manfaat yang masing-masing dapat digapai.

Saya sedang menawarkan harga promosi photoshoot 50% ketika ini bermula awal Ramadan sehingga penghujung Syawal 1440. Beliau pula pada Ramadhan lepas telah membuat photoshoot menggunakan agensi yang lain pada harga yang lebih tinggi.

photoshoot product

Jikalau kami saling mengetahui aktiviti masing-masing sepastinya kami win-win. Tapi perancacangan Allah lebih mengatasi segalanya.

Ketika ini terfikir di fikiran saya tentang satu artikel yang saya baca beberapa hari yang lepas..Bagaimana kuasai 5-10km kawasan peniagaan kita.

Berbalik kepada tajuk artikel saya, Signboard Kedai, Perlu atau Tidak? Sebenarnya tajuk ini timbul apabila rakan/jiran baru saya tadi komplen, kenapa saya tak letak singboard kedai pada premis saya? Jika tidak, tentu dia tak tercari-cari agensi lain untuk buat photoshoot baju-baju keluaran syarikatnya. Dah tentu kami berjiran sahaja.

Ya, jadi… Perlu atau Tidak sebenarnya ????

Pembaca jawab dahulu, saya sambung artikel ni kemudian..

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Nasihat Dari My Uncle Sempena Open House Raya

Hari ini saya menghadiri 3 buah rumah untuk ziarah keluarga a.k.a open house raya. Salah satunya adalah ke rumah ibu saudara isteri saya di USJ 4, Subang Jaya. Pasangan Pn Zainun Johari dan Dr Che Izani.

Selepas salam-salam, awai-awai lagi my uncle bagitau. Ambil makanan dan mari duduk sebelah uncle ni…banyak nak sembang ni. Maka, saya pun selepas ambil makanan buffet, terus mengambil tempat di meja makan sebelah my Uncle.

Topik perbualan kami berkisar, apa you buat sekarang? soal beliau.

Saya maklumkan, tak banyak aktiviti yang saya lakukan sekarang. Tumpuan saya adalah membantu membangunkan bisnes anak lelaki saya, Keledek Lensa.

Selanjutnya, beliau tanya lagi….bentuk bantuan yang bagaimana yang saya lakukan dalam membantu bisnes anak lelaki saya tersebut.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Sedalam Kasih Ibu. Tahun Ini Pertama Kali Raya Tanpa Ibu.

Sedalam kasih ibu, sedalam itulah kerinduan kami sekeluarga kepada mu mak.

4 bulan yang lalu, mak pergi dalam penuh ketenangan mengadap Ilahi. Meninggalkan kami berjuang sendiri di alam fana ini tanpa lagi di iringi doa dari mak. Sepanjang saya bersama mak dalam kehidupan ini, tidak pernah ada duka, semuanya hanya suka dan gembira.

Raya tahun dulu-dulu, yang akan membilang berapa ramai yang ada bersama-sama adalah mak. Tahun ini tukang bilang dah tak ada.

Kenangan tahun lalu, amat sukar kita ulangi. 9 dari 10 ahli keluarga kita berkumpul bersama. Bergambar bersama. Bergelak tawa bersama. Semua menjerit keriangan bila mak didukung dan sporting untuk bergambar. Bukannya mak tak boleh berjalan sendiri, tapi kerana nak sporting membiarkan dirinya dikasihi anak-anak. Gembira diwajahnya hanya menjadi kenangan.

Tahun lalu, mak ada di sisi saya. Tersenyum dan ingin mengikut ke mana sahaja yang ingin saya bawa. Nak ke rumah Mak Bee, nak ke rumah Ngah Pah, nak ke rumah sapa saja…semuanya nak ikut.

Tahun ini, siapa yang mampu mengganti ? Siapa yang akan tersenyum seperti gambar di bawah ini disisi saya lagi..

Mak, saya juga rindukan serkup kepala mak. Tak terbayang lagi bila balik kampung nanti, dengan siapa saya nak bergurau tentang serkup kepala ni. Harapkan kakak dan adik-adik perempuan yang ada, mereka semua bergaya dengan tudung-tudung mahal semua… Uaahhhh…saya rindu serkup kepala mak. Selamat hari Ibu, mak..

Setiap kali sampai sahaja ke rumah mak, kalau tak dipaksanya kami makan juga-juga, itu bukan mak lah. Tak kiralah pukul berapa pun kami sampai, walau pukul 3 pagi, wajib ke meja makan untuk jamah makanan yang sentiasa tersedia.  Habis tu, kalau balik kali ni, dimeja makan, apa yang akan tersedia. Siapa lagi nak paksa kami makan…Huuuhhhhh…Selamat Hari Ibu, mak.

Saya tidak risau sangat tentang ketupat bila balik raya kali ini. Walaupun ketupat dan kuah gulai daging tersedap memang yang mak buat. Sebabnya mungkin adik-adik yang ada, masih mampu menyediakkannya.

Tapi, saya sangat risaukan tentang buah durian. Bila mak dah tak ada ni, siapa lagi yang akan simpankan buah durian yang beliau bekukan untuk saya. Siapa??? Nak harapkan orang lain, saya rasa dah tiada lagi di dunia ini yang akan simpankan saya macam mana mak simpankan.

Pada mak, selagi mat tak makan, hampa jangan dok usik…  tapi, sebenarnya bukan kepada saya sahaja. Situasi yang sama untuk semua anak-anak dia. huaaahhhhhh…huahhhhh… Selamat Hari Ibu, mak.

 Saya tak mampu menulis lebih banyak. Air mata sudah dikerongkong.

Salam kerinduan mak, salam kedamaian mak, salam perpisahan mak, salam bertemu di jannah mak   dannnnn…..

SELAMAT HARI IBU, mak Zainab binti Hashim (4/6/1947- 3/1/2019)

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

DOA MOHON PENGAMPUNAN UNTUK DIRI KITA YANG SANGAT-SANGAT PENTING!!!!!

SAYA TAK NAK SELFISH.
 
Semalam saya diajar satu doa dari ayahanda saya. Suatu doa yang sangat ringkas tapi sangat padat dan sangat penting. Seluruh umat disarankan oleh S.A.W untuk berdoa dengan doa ini setiap masa sepanjang hari sepanjang Ramadhan.
 
INILAH DOA MOHON PENGAMPUNAN UNTUK DIRI KITA YANG SANGAT-SANGAT PENTING!!!!!
 
Allahhumma Innaka Afuwwun,
Tuhibbul Afwa, Faqfu Anni.
 
“Sesungguhnya Kau Ya Allah, suka sangat mengampunkan. Maka, ampunlah aku…”
 
Berdoa ya…jangan tak berdoa…rugi nanti.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Lebih 14 Outlet di buka dalam 2 tahun. Bagaimana Perniagaan Berkembang Maju.

Saya terlibat dengan jenama Street Churros sejak 2 tahun lalu. Ketika itu mereka memulakan perniagaan pertama mereka di Malaysia. Saya ditawarkan melalui syarikat saya Keledek Training  untuk memberi servis kepada mereka latihan-latihan berkaitan kualiti dan keselamatan makanan. Pastinya #latihanpengendalimakanan salah satu darinya.

Hari ini, sekali lagi saya bersama staf mereka di outlet terbaru Street Churros di Central I-City Mall, Shah Alam.  Outlet ini adalah yang ke 14 bagi jenama Street Churros sahaja di Malaysia setelah outlet-oulet lain di Berjaya Times Square, IOI City Mall, Mid Valley, MyTown Mall, One Utama, Mahkota Parade, Kota Bharu, KLIA2, Empire Shopping Gallery, Sky Avenue Genting, SOGO, NU Sentral dan lain-lain.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian, bagaimana jenama ini dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan pantas sekali. Apa bezanya mereka berbanding IKS yang lain yang umpama kura-kura tertelan racun.

Ya, benar, kura-kura biarpun slow, akan menang diakhirnya. Tetapi, kura-kura slow dan kura-kura tertelan racun tidak sama. Kura-kura tertelan racun, sudahlah slow, tetapi tak akan sampai tetapi mati di pertengahan jalan.

Berbalik kepada antara faktor majunya Street Churros. Pada pandangan saya, KUALITI dan kesedaran standard kualiti adalah antara faktornya. Ini terbukti, bilamana setiap outlet mereka dibuka, perkara paling awal yang mereka mahukan ialah semua staf diberikan pengetahuan asas dan advance tentang kualiti dan keselamatan makanan. Tiada kompromi. Saya juga pelajari dari pengalaman saya bersama Street Churros, si Korea ini memang sangat disiplin dalam menjaga kualiti. Bukan setakat kualiti barangan, tetapi segala sudut kualiti termasuk kualiti disiplin, appearance dan semuanya.

Jadi, tak hairan lah, Street Churros akan terus menerus berkembang dan suatu hari akan mengalahkan jenama nasi lemak keluaran bangsa kita.

Eh, apa brand nasi lemak yang paling banyak cawangannya yea????

Badri Jaafar

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Siapa guru saya dalam bidang jualan?

Pada Jun 2001, meja pejabat dia betul-betul disebelah saya. Divider cermin memisahkan saya dengan dia. Tiap kali masuk pejabat, saya nampak dia sangat sibuk. Gagang telefon tak pernah berletak, ada sahaja orang yang di telefonnya. Kejap duduk, kejap ke mesin photostat dan kejap ke mesin fax. Dalam hati saya, wow…dahsyat la abang ni.

Masa tu, gamaknya antara hari-hari awal saya sebagai seorang saleman. Melapor diri sebagai seorang saleman kosong pengalaman di Ramly Burger.

Berbalik kepada cerita abang ini. Beliau ialah Haji Muhamad Isa bin Miran. Orang jowwo. Berbadan rendah-rendah dan sekali pandang berperwatakan sombong, dua kali perhati memang sombong…kahhh..kahh…(gurau saja).

Saya mengenali beliau semasa sama-sama bekerja di Ramly Burger (2001-2008). Berpisah dan tidak bersua sejak hari terakhir saya melangkah meninggalkan Ramly Burger (20/2/2008) dan bertemu semula secara terserempah pada 21/2/2019…Woww…woww…11 tahun tu.

Beliau adalah seorang abang, sahabat, staff, drebar, rakan bergaduh, guru dalam ilmu kehidupan dan guru dalam bidang jualan kepada saya. Banyak yang saya pelajari dari beliau baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Ilmu yang paling saya ambil sebagai pedoman adalah ilmu jangan cari pasal dengan bini. Dan ilmu kedua adalah, jangan main-main dengan manusia 5 feet below…haaa…haaaa…haaa

Semoga En Isa terus diberikan rahmat dan nikmat.