Bagaimana Melebarkan Jenama

Malam ni seusai balik dari solat Terawih, terasa seakan ada kelapangan untuk menulis di blog ini. Fikir punya fikir, terasa ingin berkongsi pengalaman lampau bagaimana saya melebarkan jenama Ramly Burger dari hanya dipositioningkan untuk burger sahaja kepada suatu jenama yang boleh diterima  untuk kebanyakkan produk frozen yang lain.

Semasa saya mula terlibat dan menyertai pasukan Ramly Burger pada sekitar 2000 dahulu, produk Ramly Burger yang dikenali di pasaran hanyalah tertumpu kepada produk burger sahaja. Tahun-tahun tersebut, produk lain amat kurang permintaannya dari pengguna-pengguna. Tambahan lagi, di tahun-tahun tersebut, pengeluaran produk-produk seperti nuget dan sosej dari Ramly Burger amatlah sedikit.

Saya boleh ingat, ketika saya mula-mula menyertai pasukan jurujual di Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd ketika itu, ratio permintaan produk burgernya berbanding lain-lain produk kemungkinan 8:2. Amat sukar sekali untuk menembusi pasaran bagi produk-produk selain burger. Tambahan lagi, ketika itu, bagi produk-produk yang lain tersebut, sudah ada jenama-jenama yang menguasai pasaran. Umpamanya nuget, yang paling top sepastinya nuget emas Ayamas. Dan jika sosej, Farmbest adalah jenama yang paling sinonim dikalangan pengguna.

Ramly Burger juga, di semua poster-poster iklannya hanya fokus kepada gambar burger sahaja. Dan penjenamaan syarikat ini juga sangat sinonim dengan burger sahaja. Di bibir pengguna adalah Ramly Burger atau Burger Ramly dan amat sukar atau seakan tidak pernah kedengaran disebut Ramly Sosej atau Ramly Nuget.

Bagaimana saya melebarkan jenama ini dari hanya positioning hanya pada burger kepada hampir kebanyakan produk frozen lain dikuasai Ramly.

Nak tahu ?

 

Caranya begini…

Disebabkan permintaan burger jenama Ramly sangat diterima pasaran, saya mula merangka memberi pakej percuma bagi produk selainnya. Beli 10 caton burger percuma 1 caton nuget. Beli 30 caton burger, percuma 2 caton sosej.

Kesannya, Semakin banyak permintaan burger dari pasaran, semakin banyak juga lambakan nuget dan sosej Ramly berlaku di gondola atau di pemborong-pemborong Ramly. Fenomena ini menyebabkan suka tidak suka, pemborong kena juga jualkan atau paling teruk pun memberikan produk-produk yang belum popolar ini kepada pengguna-pengguna.

Pengguna yang mencuba, sekurang-kirangnya boleh memberikan testimoni yang baik terhadap barangan yang telah mereka gunakan. Review dari mereka sangat penting kerana boleh membuatkan fenomena makcik bawang (mouth to mouth) yang boleh menjadi agenda pemasaran menjadi efektif. Tapi yang paling penting dan utama, setiap produk yang akan dipersembahkan dipasaran mestilah betul-betul berkualiti.

Okey tak artikel saya kali ni. Nak tahu lanjut kenalah ikuti sambungannya yang saya akan update selepas ini.. Terus melayari blog ini kalau nak lagi dan lagi artikel terbaru dari saya. Insyaallah saya kongsikan pengalaman yang saya timba selama ini. Lagipun tak rugi apa-apa pun….ilmu kan???

 

Jangan lupa…

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

 

Badri Jaafar

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *