DUNIA BERPUTAR UMPAMA RODA

===========================
DUNIA BERPUTAR UMPAMA RODA
===========================

Saya orang tua. Itu perasaan saya. Biarpun ramai beranggapan saya masih muda trang tang-tang, tapi, jiwa saya mengatakan saya orang tua.

Pemikiran saya juga agak kuno. Orang ramai dah tinggalkan membaca buku. Mereka banyak menelaah ebook dan guna carian pakci gugel saja. Tapi, jiwa saya tiba-tiba meruntun untuk kembali membaca buku-buku.

Semalam, ketika saya diruang setor rumah saya, saya terjumpa kembali buku lama saya. Buku ini saya dapat dari Puan Saadiah Mat Alim (kalau tidak salah) pada tahun 2001 yang lalu.

Beliau beri buku ini untuk saya belajar kaedah-kaedah marketing, memandangkan ketika itu saya baru berjinak dalam bidang pemasaran.

Almaklumlah, dari seorang food technolgist, di minta menjadi Sales Executive dan merangkap marketer. Ilmu kosong, idea kosong ketika itu. Ditambah, bidang ini tak pernah saya mimpikan untuk menceburinya.

Dengan buku ini saya mula belajar marketing. Buku tebal ini saya baca terkial-kial. Tambahan lagi, saya yang berasal dari Kodiang, English pada saya umpama orang Arab membaca tulisan Cina. Nak faham sesuatu yang ditulis, umpama budak tadika nak mengenal huruf.

Alhamdulillah, dengan penuh kepayahan berbekal semangat, saya berjaya membaca dan memahami sedikit sebanyak kandungan buku paling asas dalam marketing ini. Hasilnya, dari seorang pemuda (hee…hee..hee, sebab masa tu, umur saya 27 tahun) yang kosong ilmu marketing, kemudian berjaya meletakkan diri sebagai Head of Sales and Marketing di syarikat ternama di Malaysia iaitu Ramly Burger. Dan paling best lagi, hasil dari pembacaan inilah sebenarnya yang saya gunapakai sehingga berjaya menukar sales Ramly Burger di zaman saya dari kecil sehingga multi-million.

Dan…hari ini, dengan berbekal semangat nak refresh semula ilmu marketing, saya akan mula menelaah semula buku yang dah hampir 20 tahun tersimpan di setor ini.

Siapa yang nak saya kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat sepanjang baca semula buku ni? Jika nak, ada pengerasnya. Mohon share post ini ke wall anda, dan selepas tu saya akan jemput anda dalam Group Belajar Marketing Bersama yang akan saya buat nanti.

BJ
badrijaafar.com/blog
16/7/2019

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *