Happy Birthday !!! Bila Tarikh Sebenar ?? 13 Jan Atau 15 Jan..

Sejak 13 Januari sehingga hari ini, 15 Januari ramai sahabat yang terus mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya. Timeline Facebook dan sosial media yang lain menjadi medium sahabat dan kenalan membuat ucapan tersebut.

Di facebook, saya meletakkan tarikh lahir saya sebagai 13 Januari 1973. Maka yang berpandukan fb, rata-rata mengucapkan happy birthday mengikut tarikh tersebut. Terima kasih yang menunjukkan keprihatinan. Semoga persahabatan dan persaudaraan kita berkekalan.

Ada juga yang tidak hanya berpandukan catatan tarikh fb, mungkin mereka ini memang benar-benar mengingati tarikh rasmi kelahiran saya 15 Januari 1973 sepertimana tercatat di MyKad. Terima kasih juga kerana  sentiasa mengingati Birthday saya.

Untuk makluman semua, (biar saya dedahkan di sini) :

1.  Tarikh sebenar saya dilahirkan oleh ibu saya adalah 13 Januari 1973 bersamaan 8 Zulhijah 1392H. Hari Sabtu, sesudah ibu saya selesai mengayam ketupat palas sebagai persediaan untuk Hari Raya Qurban esoknya.

2. Disebabkan bidan kerajaan (klinik desa Bt 4) yang membantu kelahiran saya ketika itu dalam tempoh bercuti pada tarikh 13-14 Januari tersebut, (tetap datang menjalankan amanah walaupun bercuti) maka beliau meminta kebenaran dari ibubapa saya agar kelahiran saya didaftarkan mengikut tarikh 15 Januari iaitu tarikh dimana hari beliau memulakan kerja selepas bercuti.

3. Disebabkan tarikh-tarikh khilaf diatas, saya mengambil pendekatan selamat menggunapakai tarikh rasmi Birthday saya adalah 8 Zulhijjah setiap tahun.  Tambahan lagi, kebiasaannya pada tarikh ini lebih meriah disambut kerana ahli keluarga biasanya berkumpul sebab esoknya Hari Raya Haji.

Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, maka saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mengucapkan Happy Birthday kepada saya baik yang mengucapkannya pada tarikh 13 Jan mahupun pada 15 Januari…

Tapi, yang paling penting…..

Jangan lupa ucap sekali lagi sehari sebelum Raya Haji nanti…..heeee…heeee

HADIAH MANA? HADIAH ????

Badri Jaafar

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *