Sedalam Kasih Ibu. Tahun Ini Pertama Kali Raya Tanpa Ibu.

Sedalam kasih ibu, sedalam itulah kerinduan kami sekeluarga kepada mu mak.

4 bulan yang lalu, mak pergi dalam penuh ketenangan mengadap Ilahi. Meninggalkan kami berjuang sendiri di alam fana ini tanpa lagi di iringi doa dari mak. Sepanjang saya bersama mak dalam kehidupan ini, tidak pernah ada duka, semuanya hanya suka dan gembira.

Raya tahun dulu-dulu, yang akan membilang berapa ramai yang ada bersama-sama adalah mak. Tahun ini tukang bilang dah tak ada.

Kenangan tahun lalu, amat sukar kita ulangi. 9 dari 10 ahli keluarga kita berkumpul bersama. Bergambar bersama. Bergelak tawa bersama. Semua menjerit keriangan bila mak didukung dan sporting untuk bergambar. Bukannya mak tak boleh berjalan sendiri, tapi kerana nak sporting membiarkan dirinya dikasihi anak-anak. Gembira diwajahnya hanya menjadi kenangan.

Tahun lalu, mak ada di sisi saya. Tersenyum dan ingin mengikut ke mana sahaja yang ingin saya bawa. Nak ke rumah Mak Bee, nak ke rumah Ngah Pah, nak ke rumah sapa saja…semuanya nak ikut.

Tahun ini, siapa yang mampu mengganti ? Siapa yang akan tersenyum seperti gambar di bawah ini disisi saya lagi..

Mak, saya juga rindukan serkup kepala mak. Tak terbayang lagi bila balik kampung nanti, dengan siapa saya nak bergurau tentang serkup kepala ni. Harapkan kakak dan adik-adik perempuan yang ada, mereka semua bergaya dengan tudung-tudung mahal semua… Uaahhhh…saya rindu serkup kepala mak. Selamat hari Ibu, mak..

Setiap kali sampai sahaja ke rumah mak, kalau tak dipaksanya kami makan juga-juga, itu bukan mak lah. Tak kiralah pukul berapa pun kami sampai, walau pukul 3 pagi, wajib ke meja makan untuk jamah makanan yang sentiasa tersedia.  Habis tu, kalau balik kali ni, dimeja makan, apa yang akan tersedia. Siapa lagi nak paksa kami makan…Huuuhhhhh…Selamat Hari Ibu, mak.

Saya tidak risau sangat tentang ketupat bila balik raya kali ini. Walaupun ketupat dan kuah gulai daging tersedap memang yang mak buat. Sebabnya mungkin adik-adik yang ada, masih mampu menyediakkannya.

Tapi, saya sangat risaukan tentang buah durian. Bila mak dah tak ada ni, siapa lagi yang akan simpankan buah durian yang beliau bekukan untuk saya. Siapa??? Nak harapkan orang lain, saya rasa dah tiada lagi di dunia ini yang akan simpankan saya macam mana mak simpankan.

Pada mak, selagi mat tak makan, hampa jangan dok usik…  tapi, sebenarnya bukan kepada saya sahaja. Situasi yang sama untuk semua anak-anak dia. huaaahhhhhh…huahhhhh… Selamat Hari Ibu, mak.

 Saya tak mampu menulis lebih banyak. Air mata sudah dikerongkong.

Salam kerinduan mak, salam kedamaian mak, salam perpisahan mak, salam bertemu di jannah mak   dannnnn…..

SELAMAT HARI IBU, mak Zainab binti Hashim (4/6/1947- 3/1/2019)

 

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *