Lebih 14 Outlet di buka dalam 2 tahun. Bagaimana Perniagaan Berkembang Maju.

Saya terlibat dengan jenama Street Churros sejak 2 tahun lalu. Ketika itu mereka memulakan perniagaan pertama mereka di Malaysia. Saya ditawarkan melalui syarikat saya Keledek Training  untuk memberi servis kepada mereka latihan-latihan berkaitan kualiti dan keselamatan makanan. Pastinya #latihanpengendalimakanan salah satu darinya.

Hari ini, sekali lagi saya bersama staf mereka di outlet terbaru Street Churros di Central I-City Mall, Shah Alam.  Outlet ini adalah yang ke 14 bagi jenama Street Churros sahaja di Malaysia setelah outlet-oulet lain di Berjaya Times Square, IOI City Mall, Mid Valley, MyTown Mall, One Utama, Mahkota Parade, Kota Bharu, KLIA2, Empire Shopping Gallery, Sky Avenue Genting, SOGO, NU Sentral dan lain-lain.

Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian, bagaimana jenama ini dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan pantas sekali. Apa bezanya mereka berbanding IKS yang lain yang umpama kura-kura tertelan racun.

Ya, benar, kura-kura biarpun slow, akan menang diakhirnya. Tetapi, kura-kura slow dan kura-kura tertelan racun tidak sama. Kura-kura tertelan racun, sudahlah slow, tetapi tak akan sampai tetapi mati di pertengahan jalan.

Berbalik kepada antara faktor majunya Street Churros. Pada pandangan saya, KUALITI dan kesedaran standard kualiti adalah antara faktornya. Ini terbukti, bilamana setiap outlet mereka dibuka, perkara paling awal yang mereka mahukan ialah semua staf diberikan pengetahuan asas dan advance tentang kualiti dan keselamatan makanan. Tiada kompromi. Saya juga pelajari dari pengalaman saya bersama Street Churros, si Korea ini memang sangat disiplin dalam menjaga kualiti. Bukan setakat kualiti barangan, tetapi segala sudut kualiti termasuk kualiti disiplin, appearance dan semuanya.

Jadi, tak hairan lah, Street Churros akan terus menerus berkembang dan suatu hari akan mengalahkan jenama nasi lemak keluaran bangsa kita.

Eh, apa brand nasi lemak yang paling banyak cawangannya yea????

Badri Jaafar

 

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *