Menjual Bisnes, Adakah Patut Saya Menyesal..

Beberapa tahun dahulu, saya memulakan perniagaan penghantaran makanan, food delivery dengan jenama “Makansini“. Ianya menjadi jenama #1 di Malaysia ketika itu. Bisnes ini sangat memberansangkan dan maju. Purata jualan untuk makan tengahari sahaja sekitar 2800-3000 pek sehari. Jika dihitung untung bersih dengan mengambil kira purata RM 2.5 per pek, tak kurang RM7000 sehari atau RM 140,000 sebulan (untung bersih tau…)

Jadi, kepada pakcik dan adik-adik yang baru dalam bidang bisnes ini, jangan teruja sangat dengan bisnes-bisnes viral pakcik dan adik-adik yang sedang meletup, sabar dulu…tunduk kan sedikit ego, sebab dalam bisnes hari ini kita disini, esok tak tahu kita dimana.

Ketika saya memulakan bisnes penghantaran makanan food delivery ini, servis seperti ini sangatlah rare dijumpai. Jenama yang ada dipasaran secara aktif ketika itu dalam bidang servis ini hanyalah jenama saya, Makansini disamping Food Panda sebagai pesaing tersengit dan lain-lain jenama persendirian seperti KFC Delivery, McD Delivery, Domino Pizza dll. Grab food belum ada…haaa…haaaa….

photoshoot product
https://keledek.com/fotografi-produk/

Boleh la dikatakan, saya memikirkan servis penghantaran makanan ini mendahului masa. Sebelum ianya meletop-letop sekarang saya dah pun memulakannya.

Perniagaan bagus, untung tinggi, kenapa saya tidak teruskan ?????

Jeng-jeng-jeng……inilah yang nak ceritanya….

Ingin sebab utama saya jual makansini

Hari ini, apabila saya membuka FB saya, ada satu post dari seorang abang yang mohon doakan kesembuhan adiknya yang kemalangan ketika bekerja menghantar makanan. Adiknya baru terlibat kemalangan pagi ini. Adiknya bekerja sebagai part time rider sementara cuti semester universiti. Demi mencari sedikit extra income, musibah begini yang dihadapi…

Air mata saya tak boleh ditahan. Mengalir secara tiba-tiba. Dua air mata serentak yang mengalir. Satu air mata panas kerana simpati dan kasihan. Satu lagi air mata sejuk, kerana bersyukur saya telah menjual bisnes penghantaran makanan saya lebih awal sebelum apa-apa kejadian seperti ini berlaku kepada kakitangan saya. Jadi saya mengalirkan air mata suam.

Jadi, saya rasa pembaca sudah dapat mengagak, adakah saya menyesal menjual bisnes penghantaran makanan food delivery saya.

Jika seseorang berhati kering, yang hanya memikirkan keuntungan…memang sepatutnya menyesal menjual bisnes yang sememangnya mempunyai potensi yang sangat positif.

Tapi, saya tidak menyesal menjual bisnes tersebut. Kerana, saya lebih mementingkan ketenangan di hati saya. Saya lebih rasa bangga sekiranya saya tidak miliki keuntungan berjuta atas tunggangan saya terhadap nyawa dan darah orang lain.

Saya tak sanggup melihat kakitangan-kakitangan saya keluar masuk hospital dan lebih parah lagi, saya tak akan pernah sanggup mana-mana ahli keluarga kakitangan saya menunggu di bilik forensik mahupun di bilik mayat menuntut ahli keluarga mereka yang kemalangan maut kerana menghantar makanan dari syarikat saya.

Biar tak kaya, asal tenang selamanya.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

2 Replies to “Menjual Bisnes, Adakah Patut Saya Menyesal..”

  1. Saya pernah hadir taklimat business ini di office Tuan di Shah Alam.
    Tuan melakukan tindakan yang mendahului masa.

Leave a Reply to kukarim@gmail.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *