National Food Innovation And Product Development

https://www.instagram.com/nfipd19/

Hari ini saya diberikan kesempatan menjadi judge kepada program National Food Innovation and Product Development (NFIPD) yang dianjurkan oleh PERTEMA UiTM Shah Alam. Program ini merupakan platform kepada bakal-bakal graduan Food Technology untuk menunjukkan bakat mereka dalam menginovasikan produk-produk makanan. Lebih mengujakan bilamana tema untuk NFIPD kali ini menekankan tentang innovasi makanan sihat dan pengurangan gula dalam makanan.

Apabila saya mendapat invitation beberapa minggu lepas, saya cuba luangkan juga jadual kerja padat saya. Ada beberapa sebab kenapa saya bersetuju memberikan komitmen pada acara ini.

Pertama :

Kerana UiTM sentiasa di hati saya. Tambahan lagi, inilah institusi yang memberikan segulung diploma yang merupakan pengiktirafan tertinggi akademi saya. Lebih-lebih lagi, jika ianya undangan dari PERTEMA. Tak mungkin dapat saya menolaknya. Tapi tak sia-sia saya join, saya dapat rezeki berjumpa dengan orang yang banyak jasanya pada saya. Dah lebih 25 tahun tak jumpa.

Kedua :

Sebab saya nak menilai tahap kreativiti bakal-bakal graduan yang akan memasuki pasaran sebenar tidak lama lagi. Saya ingin juga menilai tahap persediaan dan pemahaman mereka berkenaan demand dan keperluan IR 4.0.

Sepanjang perjalanan ke program tersebut, saya membayangkan saya akan dihidangkan dengan idea-idea produk innovasi baru yang sangat-sangat rapat dengan keperluan IR 4.0. Saya juga mengimpikan elemen IR 4.0 diaplikasikan oleh food innovater ini. Tapi, separuh dari perjalanan, bila dekat-dekat nak tiba, saya tersedar…Hey Badri…yang u nak pi judge ni, fresh graduate Degree level la…..so, saya lower down my expectation..

Tapi…..

Apabila saya mula bergerak ke meja-meja pameran produk dan membuat judgement sebenar, dan diberikan penerangan tentang produk-produk innovasi oleh bakal-bakal graduan ini, walaupun tidak lah mengambilkira IR 4.0, namun produk-produk dipersembahkan sangat mengujakan dan kreatif. Ada nilai komersial yang tinggi bagi kebanyakkan produk dicipta.

Saya sebagai seorang yang telah mencipta berpuluh-puluh produk dipasaran secara jujurnya memuji kreativiti dan innovasi yang dipersembahkan oleh adik-adik (eh silap, anak-anak) saya hari ini. Satu kata-kata semangat yang sangat ikhlas dari saya untuk kamu semua, kebanyakkan produk baru hari ini mempunyai Nilai Komersial yang tinggi di pasaran luar sana. Namun sedikit penambahbaikan diperlukan untuk menyaingi pasaran yang penuh gelora dan saingan.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *