Pergi Bersama Pahala Koci

Sejak malam semalam membawa sehingga pagi ini, ada sekelumit kehibaan dalam hati saya.  Semasa menunggu di airport untuk menjemput isteri pulang dari out station, group whatsapp residen saya ada menaikkan status makluman, seorang insan di kejiranan sebelah taman kami telah meninggal dunia.

Masing-masing tertanya-tanya siapakah beliau yang telah arwah tersebut. Ada yang menyatakan nama penuh, ada yang memberikan nama timangan panggilan biasa dan ada yang memberikan gambaran sebagai makcik yang pandai buat kuih koci.

Bila saya terbaca tentang penerangan berkaitan makcik yang pandai buat kuih koci, saya seakan terperasan. Ehh…ini makcik yang selalu isteri saya tempah kuih koci pada setiap majlis kenduri yang keluarga kami anjurkan ke? Ini mak Izatul ke? (Izatul adakah kawan anak sulong saya. Beliau semasa di SMK Subest dahulu sama tingkatan dengan anak saya, dan hampir setiap hari datang belajar bersama anak saya dirumah). Eh, ini makcik yang setiap kali sebelum raya tetap akan datang hantar kuih bangkit yang beliau buat ke?

Jika benarlah makcik ini, hilanglah satu dari sumber pahala saya. Kerana, sepanjang saya mengenali anaknya, saya sentiasa akan minta isteri dan anak-anak memberikan sedikit sumbangan pada setiap kali terserempak dengan makcik ini. Biarpun bukan orang senang, beliau  sentiasa menolak pemberian dari kami sehingga kami perlu memaksa untuk beliau terima.  Inilah kebaikan budi dan akhlak tinggi yang sering saya minta anak-anak saya tauladani.

Dan apa yang bermain di kepala saya sekarang ini adalah, seseorang itu tidak semestinya mempunyai sesuatu yang besar semasa hayatnya untuk di ingati kelak selepas pemergiannya. Tidak perlu menjadi sepopular Allahyarham seniman Sudirman untuk terus diingati, walau sekecil kuih koci jasa yang ditinggalkan, orang tetap akan mengingati kita asalkan usaha kita itu ada manfaat kepada orang lain biarpun kecil.

Semoga makcik kuih koci saya tenang disana, diampuni segala dosa-dosa semasa didunia, dirahmati serta ditempatkan bersama golongan-golongan mukminin.

 

Mesej dari anaknya pagi ini.. Bertabahlah Izzatul..

10 Rules Untuk Sukses. Percaya Tak Menyimpan Duit Bukan Salah Satu Daripadanya.

10 Rules Untuk Sukses. Percaya Tak Menyimpan Duit Bukan Salah Satu Daripadanya.

Saya senaraikan dahulu 10 kunci untuk berjaya yang saya petik dari pembacaan-pembacaan saya. Insya Allah saya akan huraikan satu persatu kemudian. Jangan segan silu untuk selalu menjengok blog saya ini.

10 Rules Untuk Sukses :

#1 : Experiences make you smarter.

#2: The More You Give, The More You Receive

#3: Change the way you think.

#4: F.O.C.U.S

#5: Hard Times bring new opportunities

#6: Design the business properly

#7: Know what you are working for.

#8: Don’t be afraid of losses.

#9: Aim to acquire assets.

#10: Stop saving money, hedge it…

Doakan saya diberikan kelapangan untuk menghurai satu persatu RULE ini dalam masa terdekat ini.

Badri Jaafar

Raih Lebih RM300 Ribu Dalam 7 Bulan Hanya Dengan Jenama. Nak tahu !!

Raih lebih RM300 ribu hanya dengan jenama. Nak tahu !!

Bila anda buat order di KFC ke McD atau mana-mana restoran segera lain, biasanya apa cashier tu tanya? Makansini atau take away kan..

Tapi tahukah anda, makansini yang setiap hari disebut itu adalah jenama yang pernah menjadi milik saya, badrijaafar.com. Makansini didaftar di MyiPo sejak 2013 lagi.

Dan tahukah anda, dengan hanya jenama Makansini ini, saya mampu meraih lebih RM300 ribu keuntungan bersih dalam tempoh masa kurang dari 7 bulan?? Menarik kan? Sapa nak tahu lanjut ? Dan lebih menarik lagi, saya lakukannya dengan hampir Zero Kos Marketing..

Mustahil la kan. Takkan la zero kos marketing tapi boleh masuk dalam semua stesen TV utama…

Untuk kali ini, saya nak kongsi 3 perkara yang boleh anda lakukan jika nak ikut macam mana saya lakukan terhadap jenama makansini ini.

Perkara 1 : Pilih jenama yang catchy.

Kelemahan yang paling ketara dibuat oleh peniaga adalah dalam menetapkan jenama produk atau servis mereka ialah memilih jenama yang biasa-biasa. Bagi saya, jenama MAKANSINI adalah sangat catchy kerana ianya menjadi sebutan cashier-cashier tanpa sedar saban hari. Namun, walaupun disebut setiap hari, carian saya di Myipo ketika itu, belum ada sesiapa yang mendaftar sebagai harta intelek mereka.

Elakkan memilih jenama yang sukar disebut. Ramai peniaga suka kepada jenama yang kononnya terlalu ekskusif sehingga hendak menyebutnya juga sangat sukar. Seolah-olah  menggunakan jenama Jerman untuk pasaran Malaysia. Jenama seperti OgloOlioLio cuba elakkan sebab ianya sukar diingati bakal pelanggan kita.  Jika menggunakan nama sendiri, carikan juga seni catchynya. Contohnya Ramly Burger, “Y” adalah sesuatu yang catchy. Bayangkan jika jenama Ramli digunakan, ianya akan sama seperti jenama biasa seperti kedai makan Ali, Restoran Zaleha dan lain-lain.

 

Perkara ke 2 : Catchy kan jenama yang dipilih.

Designkan logo yang menarik dan catchy terhadap jenama kita. Jika mampu designkan sendiri, lakukanlah. Jika bukan kemampuan, jangan lokek, upah designer untuk hasilkannya. Ambil kira semua perkara-perkara ini dalam membuat design logo bagi jenama anda. Saya sertakan link dari Irfan Khairi untuk pedoman anda.

 

Jika anda perlukan bantuan designer untuk menyiapkan logo profesional, boleh juga dapatkan khidmat dari team saya. Tambahan lagi, kami akan berikan offer bagi design yang dibuat oleh kami. Sila ke web kami di www.keledek.com/kreatif untuk maklumat dan harga.

Ingat, hanya jenama yang catchy biasanya bertahan dan berjaya di pasaran.

Perkara ke 3: Jadikan jenama yang kita bina ini menjadi buah mulut di pasaran. (Trend terkini adalah viral).

saya akan cerita tentang ini kemudian…jangan lupa, teruskan membaca lagi blog saya ini…heee…heee

Happy Birthday !!! Bila Tarikh Sebenar ?? 13 Jan Atau 15 Jan..

Sejak 13 Januari sehingga hari ini, 15 Januari ramai sahabat yang terus mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya. Timeline Facebook dan sosial media yang lain menjadi medium sahabat dan kenalan membuat ucapan tersebut.

Di facebook, saya meletakkan tarikh lahir saya sebagai 13 Januari 1973. Maka yang berpandukan fb, rata-rata mengucapkan happy birthday mengikut tarikh tersebut. Terima kasih yang menunjukkan keprihatinan. Semoga persahabatan dan persaudaraan kita berkekalan.

Ada juga yang tidak hanya berpandukan catatan tarikh fb, mungkin mereka ini memang benar-benar mengingati tarikh rasmi kelahiran saya 15 Januari 1973 sepertimana tercatat di MyKad. Terima kasih juga kerana  sentiasa mengingati Birthday saya.

Untuk makluman semua, (biar saya dedahkan di sini) :

1.  Tarikh sebenar saya dilahirkan oleh ibu saya adalah 13 Januari 1973 bersamaan 8 Zulhijah 1392H. Hari Sabtu, sesudah ibu saya selesai mengayam ketupat palas sebagai persediaan untuk Hari Raya Qurban esoknya.

2. Disebabkan bidan kerajaan (klinik desa Bt 4) yang membantu kelahiran saya ketika itu dalam tempoh bercuti pada tarikh 13-14 Januari tersebut, (tetap datang menjalankan amanah walaupun bercuti) maka beliau meminta kebenaran dari ibubapa saya agar kelahiran saya didaftarkan mengikut tarikh 15 Januari iaitu tarikh dimana hari beliau memulakan kerja selepas bercuti.

3. Disebabkan tarikh-tarikh khilaf diatas, saya mengambil pendekatan selamat menggunapakai tarikh rasmi Birthday saya adalah 8 Zulhijjah setiap tahun.  Tambahan lagi, kebiasaannya pada tarikh ini lebih meriah disambut kerana ahli keluarga biasanya berkumpul sebab esoknya Hari Raya Haji.

Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, maka saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mengucapkan Happy Birthday kepada saya baik yang mengucapkannya pada tarikh 13 Jan mahupun pada 15 Januari…

Tapi, yang paling penting…..

Jangan lupa ucap sekali lagi sehari sebelum Raya Haji nanti…..heeee…heeee

HADIAH MANA? HADIAH ????

Badri Jaafar

Pahit Getir Perniagaan

Jika takut dibadai ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut gagal berniaga, baik bekerja dibawah majikan. Itulah undang-undang alam dunia perniagaan. Pahit getir perniagaan.

Bahasa moden bbnu (budak baru nak up), kalau takut, blah pi main jauh-jauh😀😀😀

Saya sendiri, pada 1998 apabila memikirkan untuk berhenti dari bekerja dibawah majikan tidak menjangka sehebat ini dan segelora ini rencah perniagaan.

Saya ingatkan, dengan pengalaman saya ketika itu yang banyak membangunkan usahawan-usahawan sehingga kebanyakkannya berjaya mampu saya copy dan paste kepada perniagaan saya sendiri. Saya fikirkan jika formula yang saya gunakan terhadap syarikat-syarikat yang saya payungi selama ini menjadi, pastinya ia juga akan menjadi untuk bisnes saya sendiri.

Semuanya tidak semudah itu.

Namun, kita juga patut tahu, ombak tetap ombak. Asalkan tiada tsunami, segarang mana pun gulungnya di lautan, tiba dipantai reda juga ia…

Begitu jugalah kerenah dalam perniagaan. Besar mana pun masalah mendatang, jika kita cekal hadapinya, pengakhirannya sama saja seperti ombak. Berlabuh manja disisir pantai.

Oleh itu, nasihat saya kepada rakan-rakan dan tak lupa untuk diri saya sendiri juga, marilah kita berani menghadapi ombak perniagaan kita. Usah gentar kerana biarpun ianya membadai pantai perniagaan kita, namun tiada kemusnahan teruk mampu dicetuskannya. Tambahan lagi, dunia moden mampu membaikinya.

Jika pantai kita terhakis, usah risau. Kita mampu menambak ia kembali sepertimana Penang, Johor, Singapore dan banyak lagi.

Jika perniagaan kita terkesan dek pahit dan getir badaian masalah, kita tambak kembali dengan pelbagai strategi baru.

Selamat berniaga. Usah takut berniaga kerana 9/10 kekayaan datangnya dari perniagaan.

Sebelum saya tutup artikel ini, nak promosi sikit. Sepanjang Januari 2019 ini, sesiapa yang ingin book awal pakej Fotografi Perkahwinan dari kami di keledek.com/lensa boleh berbuat segera kerana harga sedang disembelih. Hanya 30 slot sahaja untuk tahun ini dibuka. Tempah segera. Pasti tak rugi..🤣🤣🤣

Tidak Mustahil Memperolehi Lebih RM 200 Ribu Dalam Tahun 2019

Salam dari saya,

Selamat meraikan tahun baru 2019. Ini adalah hari yang kita tunggu-tunggu bagi meningkatkan semangat memulakan sesuatu. Mari sama-sama meninggalkan segala yang negatif pada tahun-tahun lalu dan mula mengorak langkah positif demi kecemerlangan bersama bermula hari ini, iaitu 1 Januari 2019.

Seawal pagi tadi, saya sibuk mengamati perakaunan perniagaan saya sepanjang 2018. Alhamdulillah, di era rencam yang disebut-sebut sebagai ekenomi gawat, malap dan hambar, alhamdulillah rupanya perniagaan saya mencatatkan surplus iaitu keuntungan. Ini setelah mengambil kira pelbagai aktiviti perniagaan yang diusahakan. Biarpun sebahagian aktiviti perniagaan belum menghasilkan impak keuntungan yang besar, misalnya keledek.com/lensa yang baru bertatih, namun keledek.com/training memberikan pulangan yang mampu menampung segala kelopongan. Ini menyuntik semangat untuk saya terus memikirkan bagaimana mengorak perjalanan perniagaan bagi 2019 pula.

Perakauanan saya bagi 2018 menunjukkan, dengan mengekalkan 300 peserta setiap bulan untuk Kursus Pengendalian Makanan sahaja, ianya mampu menjana tidak kurang dari RM180,000 setahun. Untuk mengendalikan Kursus Pengendali Makanan ini, kosnya pun sangat kecil. Jadi keuntungannya besar walaupun caj yang dikenakan sangatlah murah. Hanya RM 50 seorang.

Saya menetapkan, bermula 2019, Keledek Training akan sekali lagi menumpukan kepada usaha mengajar Kursus Pengendali Makanan ini. Saya juga menetapkan sasaran 400 peserta secara konstan setiap bulan.

Memandangkan Keledek Training telahpun sedia mempunyai ramai tenaga pengajar tersedia, dan bergerak aktif diseluruh negara, saya yakin sasaran 400 peserta setiap bulan mampu di capai dan mampu menjana pendapatan kepada kumpulan keledek.com sekurang-kurangnya RM240,000 setahun.

Cukuplah angka RM 240,000 itu. Asalkan “Tidak Mustahil Memperolehi Lebih RM 200 Ribu Dalam Tahun 2019” menjadi kenyataan.

Betulkan Niche

Bila bermula sebagai freelancer, sebaik menamatkan jawatan rasmi sebagai employee, saya bersungguh-sungguh memberikan penekanan kepada mencari jualan. Tak kira apa saja jenis dan bentuk, asalkan ianya adalah job, saya akan menerimanya. Kecik besar, susah senang semuanya saya hadap.

Disebab saya terima semua job, memang senang dan banyak  job boleh dijalankan. Tapi semuanya rojak. Dan saya sendiri dianggap superman.

Bila jadi superman, suatu realiti yang patut kita ketahui. Superman bekerja tiada gaji. Selain terima kasih dan sedikit token, kita kena akui itulah bentuk ganjaran kepada kerja yang kita sedia lakukan.

Akhirnya, superman penat…saya juga penat.

Jadi, saya mula memikir dan mencari kaedah lebih baik. Akhirnya saya mendapat jawapannya.

Menumpukan kepada niche adalah lebih baik..

Dan, kerana itu, sepanjang 2018..saya mula menumpukan lebih kepada hanya sebagai product stylish dan branding advisor sahaja. Menjadi pakar dalam bidang ini dan akhirnya mendapat kepercayaan dari pelanggan-pelanggan.

Saya sedar, meletak jawatan dari menjadi superman dan hanya menjadi pakar dalam satu bidang lebih mudah untuk meletakkan jenama diri dan keyakinan bakal pelanggan.

Untuk mendapatkan khidmat product stylish atau servis fotografi dari kami, jangan segan silu, hubungi saya di 012-6057259 atau terus ke link keledek.com/lensa

 

Produk dan Servis Anda Wajib Berada Dalam SEO

Dewasa ini, semua yang ingin dilakukan mesti ada fakta dan perbandingan. Cakap-cakap mulut dah boleh pergi meninggal. Itu sebabnya, ahli-ahli politik yang dulu hanya jual air liur dipentas-pentas ceramah juga kena paksa diri mereka wujudkan website (seperti chedet.cc, najibrazak.com). 

Produk dan Servis Anda Wajib Berada Dalam SEO

Saya terbaca artikel ini dalam akhbar aliran perdana. Saya agak teruja dengan tajuk dipaparkan. Ya, bukan apa, keterujaan saya kerana ianya memang selari dengan apa yang saya selalu sebutkan.

Pengguna zaman ini memang pengguna bijak mengikut trend zamannya. Apabila ada seseorang menyebut sesuatu benda, jari jemari orang zaman ini, secara spontan akan menari-menari di keyboard membuat search di internet apa benda yang disebut tadi. Tidak kiralah cariannya menggunakan enjin carian yang mana satu. Baik Google, Yahoo, Facebook, Bing atau apa sahaja.

Sepantas kilat carian internet akan memaparkan maklumat yang dikehendaki. 

Senario yang sama berlaku bila pelanggan hendak membeli apa-apa barangan di mana sahaja. Baik dari barangan bernilai tinggi seperti hartanah, kenderaan motor mahupun sekecil-kecil barangan seperti getah ikat rambut. Dengan pantas sahaja mereka akan mula membuat carian di aplikasi Mudah, Lazada, Shopee dan macam-macam lagi.

Ingin menebus OFFER sehingga 80%, klik link ini 

Jika dulu, seseorang peniaga boleh mengabai perbandingan harga. Jika nak study perbezaan perletakkan harga pun mungkin bagi kedai sebelah menyebelah. Jika pesaing jauh berbatu, tak perlu nak kisah pun. Namun zaman sekarang dah berbeza. Peniaga di Malaysia, jika anda meletakkan harga yang jauh mahal berbanding pesaing di mana-mana di dunia ini, jika pelanggan membuat perbandingan, jawabnya wassalam lah kepada jualan dari anda. Jika mereka buka sahaja Lazada contohnya, harga akan terdedah di sana..harga yang anda tawarkan mahal, bersedialah anda untuk dikecam.

Jadi, dari apa yang kita perkatakan di atas, bayangkan jika produk atau servis dari anda yang ingin anda niagakan tiada dalam enjin pencari. 

Jika kita sedar, trend terkini, bakal pelanggan dan pelanggan akan membuat perbandingan di carian internet, maka jika produk anda atau servis dari anda tiada dalam internet, boleh lah anda bayangkan…bahawa anda seolah berniaga di hujung dunia yang tiada pengunjungnya.

Namun, adalah amat menyedihkan kerana masih terlalu ramai peniaga-peniaga terutamanya usahawan kecil dan sederhana masih tidak mempunyai laman web mereka sendiri. Ramai yang tidak meletakkan produk dan servis mereka yang memboleh SEO mereka di halaman depan. Ini sangat menentang arus DT ini. 

Moga sifu-sifu mereka akan menambahkan ilmu ini kepada mereka kelak.

Industri Francais Di Malaysia

Tun Mahathir memperkenalkan sistem francais di Malaysia sudah lama. Sejak awal-awal beliau menjadi PM ke 4 dahulu. Jika tidak salah saya, sejak penghujung 1980an. Maka jadilah industri francais ini suatu yang disebut-sebut ketika itu. Dan tertubuhlah MFA. Disusuli juga agensi PNS iaitu Perbadanan Nasional Berhad untuk terlibat menjayakan industri berkonsep francais di Malaysia.

Sekitar lewat tahun 90an sehingga 2000 ada expo khas setiap tahun.mempromosikan industri francais ini. Namun, selepas itu iainya seakan pupus keglamourannya walaupun tidak dinafikan masih wujud syarikat-syarikat francais ni silih berganti.

Hari ini saya melihat PM ke 7 menyebut kembali untuk memanaskan semula induatri francais ini. Nasi lemak, tosei dan dim sum dicadangkan diketengahkan untuk.pasaran. Sebabnya Malaysia mahir dalam penyediaan makanan begini.

Pandangan saya, tiada salahnya untuk mencuba kali kedua menjayakan konsep francais ini terhadap usahawan Malaysia. Tapi agensi pembimbing mestilah direformasikan.

Jika tidak kesian kepada pengusaha-pengusahanya baik kepada franchaisor mahupun franchaisee. Kedua2 gulung tikar dan menanggung bahana kesan dari perniagaan yang tidak menjadi.

Lihat saja mana hilangnya Laksa Shacks, Nelson’s, Farmina, 1901, Long Burger dan banyak lagi yang tak tersenarai di sini. Kebanyakkannya telah hilang dari persada. Lebih mengecewakan, jenama yang diamvil alih oleh agensi utama francais iaiti PNS seperti Forest Secret juga tidak berupaya kekal di.pasaran.


“Perlukan Fotografi Makanan atau Fotografi Produk…hubungi 012.6057259 atau terus ke www.keledek.com/fotografi-produk

Kata-Kata Yang Menginsafkan

Kata-kata Yang Sangat Menginsafkan

Pagi ini saya mendapat satu pesanan whatsapp yang sangat menginsafkan. Ianya datang dari seseorang yang patut saya berikan kredit kepadanya iaitu saudari yang menggelar dirinya Tuan Puteri Peah Najwa. Karangan whatsapp beliau adalah seperti di bawah :

TUAH HIDUP MANUSIA

Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali.

Ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi.

Ada orang hidup merana sebelum usia 30, tetapi selepas usianya 30, rezeki yang datang mencurah-curah dan tak henti-henti.

Ada orang menceburi hampir 100 jenis bisnes, tetapi masih gagal dan rugi. Tetapi apabila usahanya yang ke 101, bisnesnya menjadi dan rezeki yang datang berlipat kali ganda dari apa yang dihajati.

“Perlukan Fotografi Makanan atau Fotografi Produk…hubungi 012.6057259 atau terus ke www.keledek.com/fotografi-produk

Ada orang  tak pernah buat bisnes sana sini, tetapi sekali buat bisnesnya terus menjadi.

Ada orang bekerja siang malam tak henti-henti nak kumpul duit untuk anak bini. Tetapi rezeki yang dipinta datang bertimpa-timpa apabila anak bini dijemput Ilahi.

Ada yang mendapat kesempitan hidup apabila berada di negara sendiri, tetapi apabila berhijrah ke negara orang, disitulah ada tuah, disitulah ada rezeki.

Ada orang sebelum berkahwin, segala yang diusahakannya dipandang sepi. Tetapi apabila berkahwin je…tuah dan rezeki semakin berseri-seri, segala usahanya dipandang sana sini.

Ada pula orang sebelum kahwin, happy go lucky. Tetapi apabila sah sahaja berkahwin, kehidupannya mulai sepi. Bahagia yang dicari, duka yang menanti.

Kerana itu, ada orang, tuah dan rezekinya datang apabila ditinggalkan isteri, diceraikan suami.

Ada orang bertahun-tahun menghidap penyakit kronik, tetapi masih hidup sehingga ke hari ini.

Ada orang pula, sihat walafiat tetapi tak sangka telah dijemput ilahi.

Ada orang rezekinya sampai apabila sudah puas melalui onak dan duri.

Ada orang rezekinya semudah A,B,C tanpa perlu lalui cabaran sana sini.

Ada orang buat apa saja menjadi, tetapi kerana silap satu sahaja Allah taala nak uji, habis lingkup usahanya selama ini.

Ada orang pula, sudah puas berguru sana sini tetapi masih belum dapat apa yang dihajati, tetapi akhirnya kerana sang guru ini, dia perolehi apa yang dihajati.

Kita semua tak sama, kitaran hidup kita juga berbeza, tuah dan rezeki itu rahsia Dia. bersyukurlah apa yang ada.

 

Cantik kan kata-kata tersebut.

 

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi ReviewStations.com Keledek Lensa Studio kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .