3 Tip Fotografi Untuk Nampakkan Produk Makanan Mengiurkan

3 Tip Fotografi Untuk Nampakkan Makanan Mengiurkan

Sebagai teknologis makanan dan terlibat dalam industri makanan, tugasan melibatkan penggayaan makanan (food styling) adalah kemestian kepada saya. Satu dari tugasan pertama saya terlibat adalah diminta membantu dalam tugasan photoshoot produk-produk Adabi untuk majalah masakan ketika itu (1994). Saya belajar banyak perkara mengenai penggayaan makanan (food styling) serta kepentingan prop dalam penghasilan gambar makanan yang menarik. Saya kongsikan sedikit ilmu dari pengalaman-pengalaman saya.. Sudilah membaca.

Tip Fotografi Makanan

#1 – PILIH BAHAN MENTAH YANG SEGAR.

Kalau buah, kulitnya dah lebam. Kalau sayur, layunya dah tahap makanan arnab, lupakan hasrat nak gambar cantik. Baru-baru ini, seorang pelanggan saya datang ke studio membawa buah delima dan buah mangga yang sekali tengok pun saya dah geleng kepala. Bila siap fotoshoot, beliau bandingkan gambar yang diambil beberapa bulan terdahulu. Soalan pertama beliau, kenapa kali ni tak cantik macam lepas. Jawapannya, anda jawab sendiri.

Tapi dalam kes tertentu, sekiranya bahan mentah ada sedikit kecacatan, namun masih ada ruang untuk diselindungi, ubah posisi kecacatan bahan mentah itu supaya ianya tidak dilihat.

quinoa-salad

#2 -PENCAHAYAAN TERSANGAT PENTING!

Pencahayaan yang cukup adalah kunci kepada menampakkan tekstur makanan dan membuatkan makanan nampak mengiurkan. Ianya juga mampu menaikkan imej yang ingin kita tonjolkan. Asap-asap makanan mungkin boleh kelihatan jika cahaya cukup semasa fotoshoot.  Cuba bandingkan 2 gambar di bawah. Ianya membuktikan dengan pencahayaan berbeza, hasil gambar juga berbeza. Itulah juga sebabnya profesional fotografer masih diperlukan dalam industri walaupun dunia kini ada beribu pilihan dslr sendiri ataupun kamera handphone.

Inginkan khidmat Fotografi Makanan dari kami , www.keledek.com/fotografi-produk

_MG_2962-600px

Lihat perbezaan berbanding di bawah. Anda suka yang ini?

_MG_2969-600px

Ataupun anda suka gambar yang ini?

#3 – BUATKANNYA SIMPLE

Jangan masukkan benda yang tak perlu. Jangan semakkan gambar anda. Jangan masukkan perkara-perkara yang mengganggu fokus gambar makanan yang anda hendak tonjolkan.  Kadang-kadang saya ternampak orang mengambil makanan yang berlatarkan pokok-pokok. Atau air terjun. Atau bangunan idola. Pada saya ianya gangguan. Make it simple, potretkan makanan sahaja dengan sedikit hiasan ringkas. Itu jauh lebih baik.

Ingat, makin simple makin fokus target kita.

QuinoaKaleSoup

Nak lebih lagi tip-tip dari saya, follow rapat-rapat blog ini.

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi ReviewStations.com Keledek Lensa Studio bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Penting Atau Tidak Mempunyai Video Pengiklanan Produk.

Penting atau tidak mempunyai video seperti ini?

Jika di tanya kepada saya, jawapan saya sepastinya SANGAT PENTING!!!!

Kenapa saya katakan penting… kerana dengan iklan video :-

1. Kita dapat memainkan EMOSI bakal pelanggan kita dengan lebih efektif.

Iklan video mengganggu emosi prospek kita !! Video lebih berkesan berbanding banner dan copywriting kerana semua deria di sasarkan- mata, telinga, perasaan.

2. Dengan iklan video, penonton akan lebih jelas.

Anda boleh menjelaskan kepada penonton anda dengan lebih baik tentang produk atau servis anda kerana ianya boleh dilihat dalam versi sebenar semasa menonton.

3.  Dengan iklan video produk, pelanggan kita akan lebih mudah memahami apa yang ingin kita sampaikan kepada mereka. Kenapa?

Tambahan lagi,

Sekiranya kita mempunyai video iklan produk sebegini, kita boleh letakkan ia di media sosial kita termasuk di Facebook, Youtube, Insta dan semua yang lain.

Tapi, berapa kos yang diperlukan untuk mengadakan video iklan produk seperti ini. Sila rujuk www.keledek.com/reviewstations untuk mengetahui  harga termurah yang boleh kita perolehi.

Anda juga boleh redeem  Photoshoot PERCUMA sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61. Sila ke website tersebut. www.keledek.com/reviewstations

Badri Jaafar

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.com Studio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

 

Saya adalah Verified Perfumist

Saya adalah verified perfumist. Ya betul, dan saya sendiri pun hampir terlupa yang saya pernah ditauliahkan sebagai perfumist oleh satu agensi beberapa tahun dahulu. Saya terlupa kerana saya kurang terlibat dalam industri ini.

Kenapa saya kurang melibatkan diri dalam lapangan perfume. Jawapannya mudah. Kerana saya berjinak dalam bidang ini hanya disebabkan desakan ingin tahu dari diri saya dan bukannya datang dari naluri semulajadi saya yang meminati industri perfume. Oleh itu, saya memang berjaya membuktikan saya ada kemampuan dan kemahiran, namun secara semulajadinya saya ulangi, “saya tidak meminati bidang ini”.

Saya memperolehi pengiktirafan dan pengalaman. Tetapi tidak memberikan saya keterujaan dalam mengembangkan kebolehan ini.

Berbeza dengan ilmu mengembang perniagaan khususnya dari sudut pemasaran. Ini adalah minat yang tertanam dalam jiwa saya. Saya boleh bercakap berkenaan pemasaran seharian tanpa jemu dan kering idea kerana inilah minat saya.

Mengenangkan semalam, saya bersembang tentang pemasaran bersama Kak Nani dan Abang Nazri yang merupakan pengasas produk Double Curcumin dari 2.00 petang sehingga tanpa sedar 9.30 malam. 7 jam berlalu tanpa sedar. Tanpa letih. Dan tanpa hasrat ingin menamatkan perbualan kerana bosan. Semuanya berlaku di sebabkan itulah minat saya dan itulah darah daging saya. Bercakap berkenaan perniagaan dan pemasaran adalah darah daging saya.

Bukan setahun dua ini saja saya terlibat dalam pengembangan perniagaan dan pemasaran. Sudah hampir 30 tahun bermula dari 1994 lagi. Walaupun bidang akademi saya adalah teknologi makanan, namun kecenderungan peribadi saya adalah pengembangan dan pemasaran consumer goods.

Moral of the story, berkecimpung dan berkerjayalah dalam bidang yang kita betul-betul minati, dan elak dari memasuki dalam bidang-bidang tertentu yang kita paksa diri atau keterujaan kita dalam bidang berasaskan semangat membara sahaja. Kelak ianya kemungkinan besar akan terbengkalai di tengah jalan.

Badri Jaafar

 

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.com  Studio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

 

BAGAIMANA SAYA MELETAKKAN DIRI MENJADI INDIVIDU DIHORMATI DIKALANGAN PHOTOGRAPHER…..Sambungan

BAGAIMANA SAYA MELETAKKAN DIRI MENJADI INDIVIDU DIHORMATI DIKALANGAN PHOTOGRAPHER.
 
SAMBUNGAN ARTIKEL SEMALAM
 
Saya terus-menerus meminati kamera dari hari ke hari sehingga hari ini. Namun kemahiran saya menggunakan kamera dengan jari-jemari sendiri sangat terkebelakang.
 
Disebabkan itu, saya bertukar arah dari menjadi seorang profesional photographer kepada menjadi orang penting di balik tabir sesuatu photo atau video. Sayalah pengarahnya. Sayalah stylish nya. Sayalah plannernya.
 
Bagi posisi tersebut, walaupun saya tidak memegang kamera, namun kamera menurut kehendak saya. Profesional kameraman pun menurut apa yang saya nak.
 
Manakala sebagai stylist juga, semua pergerakan dan peragaan model baik brbentuk human atau bukan human, semua disusun dan diatur mengikut apa yang saya rancangkan.
 
Benarkah ini berlaku ? Bukankah profesional fotografer ada skill dan pengalaman mereka sendiri dan lebih pro? Kenapa mereka perlu akur dan patuh serta hormat pengarah pengambaran?
 
Saya akan sambung dan jawab di artikel berikutnya….
 
Barulah makin suspen cerita BAGAIMANA SAYA MELETAKKAN DIRI MENJADI INDIVIDU DIHORMATI DIKALANGAN PHOTOGRAPHER.

BAGAIMANA SAYA MELETAKKAN DIRI MENJADI INDIVIDU DIHORMATI DIKALANGAN PHOTOGRAPHER.

BAGAIMANA SAYA MELETAKKAN DIRI MENJADI INDIVIDU DIHORMATI DIKALANGAN PHOTOGRAPHER.

Saya sebenarnya bukanlah seorang jurufoto pun. Malah kalau kamera DSLR diberikan kepada saya sekarang ini, nak pegang pun tak pandai. Tambah lagi jika nak minta saya petik mana-mana butang di kamera tersebut…confirm mengelabah.

Namun, minat saya terhadap kamera bukan baru bermula. Saya masih ingat lagi, duit dari hadiah semasa saya bersunat ketika saya berumur sepuluh tahun, saya kumpul dan kemudian buat beli kamera. Masih saya ingat kamera pertama yang saya beli pada tahun 1984 iaitu HALENA. Ketika itu, dikalangan rakan-rakan sebaya saya seorang sahaja yang memiliki kamera. Manakala di kampung saya juga, saya juga masuk top 5 individu yang ada kamera.

Saya terus-menerus meminati kamera dari hari ke hari sehingga hari ini. Namun kemahiran saya menggunakan kamera dengan jari-jemari sendiri sangat terkebelakang.

Disebabkan itu, saya bertukar arah dari menjadi seorang profesional photographer kepada ……..

Tunggu next artikel, baru suspen….baru ada cerita real BAGAIMANA SAYA MELETAKKAN DIRI MENJADI INDIVIDU DIHORMATI DIKALANGAN PHOTOGRAPHER.

Badri Jaafar

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.comStudio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

 

Manfaatkan Trending Untuk Promosi Jenama..

 

Slot Samarinda Nur punya pasal, Sup Bunjut menjadi trending dengan tiba-tiba. Sedang elok lah nak raya pulak tu. Pasti banyak sup bunjut akan digunakan dalam masakan-masakan bagi menjamu tetamu yang hadir berhari raya nanti. Orang Johor pastinya tak dapat lari dari menggunakan sup bunjut untuk masakan Soto nanti.

Bila sup bunjut trending, saya cuba search sup bunjut dalam pakcik Google. Yang keluar tak lain tak bukan, Sup Bunjut Adabi.

Dalam fikiran saya….pandai sungguh Adabi menggunakan teknik menanam jenamanya melalui kaedah Trending ni…

Adakah terjadinya  sesuatu Trending itu dengan motif pengiklanan suatu  jenama itu kebetulan atau dirancang ?

Soalan ini juga ditanya oleh seorang rakan dalam kelas  Irfan Khairi minggu lepas.

Pada pandangan dan pengalaman saya (yang hampir 20 tahun dalam industri penjenamaan dan pengiklanan)…

Trending, biasanya dirancang. Tujuannya adalah sebagai alternatif kepada TVC (Iklan Komersial) biasa.  Bayangkanlah, selepas viral dan trending Sup Bunjut Sihir dari slot Samarinda Nur… maka pelakon utama watak sup bunjut viralkan pula beliau menggunakan jenama Adabi dalam akaun media sosial personal beliau.

Nampak tak permainannya.

Jadi tak salah rasanya telahan saya, Adabi pandai menggunakan teknik Trending sebagai alternatif pengiklanan produk mereka. Apa yang pasti,pandai-pandailah kita “Manfaatkan Trending Untuk Promosi Jenama..”.

Jangan lupa…

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

Badri Jaafar

 

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.com Studio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

 

Bagaimana Melebarkan Jenama

Malam ni seusai balik dari solat Terawih, terasa seakan ada kelapangan untuk menulis di blog ini. Fikir punya fikir, terasa ingin berkongsi pengalaman lampau bagaimana saya melebarkan jenama Ramly Burger dari hanya dipositioningkan untuk burger sahaja kepada suatu jenama yang boleh diterima  untuk kebanyakkan produk frozen yang lain.

Semasa saya mula terlibat dan menyertai pasukan Ramly Burger pada sekitar 2000 dahulu, produk Ramly Burger yang dikenali di pasaran hanyalah tertumpu kepada produk burger sahaja. Tahun-tahun tersebut, produk lain amat kurang permintaannya dari pengguna-pengguna. Tambahan lagi, di tahun-tahun tersebut, pengeluaran produk-produk seperti nuget dan sosej dari Ramly Burger amatlah sedikit.

Saya boleh ingat, ketika saya mula-mula menyertai pasukan jurujual di Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd ketika itu, ratio permintaan produk burgernya berbanding lain-lain produk kemungkinan 8:2. Amat sukar sekali untuk menembusi pasaran bagi produk-produk selain burger. Tambahan lagi, ketika itu, bagi produk-produk yang lain tersebut, sudah ada jenama-jenama yang menguasai pasaran. Umpamanya nuget, yang paling top sepastinya nuget emas Ayamas. Dan jika sosej, Farmbest adalah jenama yang paling sinonim dikalangan pengguna.

Ramly Burger juga, di semua poster-poster iklannya hanya fokus kepada gambar burger sahaja. Dan penjenamaan syarikat ini juga sangat sinonim dengan burger sahaja. Di bibir pengguna adalah Ramly Burger atau Burger Ramly dan amat sukar atau seakan tidak pernah kedengaran disebut Ramly Sosej atau Ramly Nuget.

Bagaimana saya melebarkan jenama ini dari hanya positioning hanya pada burger kepada hampir kebanyakan produk frozen lain dikuasai Ramly.

Nak tahu ?

 

Caranya begini…

Disebabkan permintaan burger jenama Ramly sangat diterima pasaran, saya mula merangka memberi pakej percuma bagi produk selainnya. Beli 10 caton burger percuma 1 caton nuget. Beli 30 caton burger, percuma 2 caton sosej.

Kesannya, Semakin banyak permintaan burger dari pasaran, semakin banyak juga lambakan nuget dan sosej Ramly berlaku di gondola atau di pemborong-pemborong Ramly. Fenomena ini menyebabkan suka tidak suka, pemborong kena juga jualkan atau paling teruk pun memberikan produk-produk yang belum popolar ini kepada pengguna-pengguna.

Pengguna yang mencuba, sekurang-kirangnya boleh memberikan testimoni yang baik terhadap barangan yang telah mereka gunakan. Review dari mereka sangat penting kerana boleh membuatkan fenomena makcik bawang (mouth to mouth) yang boleh menjadi agenda pemasaran menjadi efektif. Tapi yang paling penting dan utama, setiap produk yang akan dipersembahkan dipasaran mestilah betul-betul berkualiti.

Okey tak artikel saya kali ni. Nak tahu lanjut kenalah ikuti sambungannya yang saya akan update selepas ini.. Terus melayari blog ini kalau nak lagi dan lagi artikel terbaru dari saya. Insyaallah saya kongsikan pengalaman yang saya timba selama ini. Lagipun tak rugi apa-apa pun….ilmu kan???

 

Jangan lupa…

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

 

Badri Jaafar

3 Persediaan Wajib Peniaga Lakukan Bagi Berdepan Situasi Selepas Raya

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

Dalam beberapa minggu sahaja lagi, kita akan menyambut hari Raya yang setahun sudah kita menunggunya. Tapi adakah kita hanya akan redha dan membiarkan sahaja tanpa sebarang persediaan untuk perniagaan kita. Adakah kerana hendak meraikan Raya, kita sanggup  biarkan perniagaan yang menjadi punca pendapatan kita akan diabaikan tanpa perancangan.

Pada pandangan saya, sangatlah tidak bijak sekiranya kita tidak mengambil apa-apa langkah persediaan sebelum kita menutup operasi perniagaan kita sempena menyambut Raya yang hanya 2 hari atau paling lama 10 hari kita rayakan. Selepas dari itu, kita pasti akan kembali bergantung harap kepada sumber pendapatan yang dapat disumbangkan dari perniagaan kita.

Bagi membuat persediaan terhadap sesuatu perniaagaan yang akan dibuka semula selepas Raya, terlebih dahulu perlulah dikenalpasti apakah corak dan trend sesuatu perniagaan tersebut.

Perniagaan seperti katering, pemasangan kanopi, kambing bakar golek akan berbeza sekali persediaannya berbanding perniagaan yang sebelumnya sangat rancak seperti perniagaan butik pakaian dan cookies raya.

Persediaan yang sangat-sangat disarankan oleh peniaga bagi menghadapi situasi selepas Raya adalah :

Pertama :

Buat jangkaan berkenaan trend permintaan dan jualan bagi bisnes anda. Sekiranya dijangkakan trend permintaan adalah tinggi, pastikan kita bersedia dengan jadual kemasukan semula staf yang baik dan berhikmah. Shortage of staff di saat-saat kemahiran dan tenaga mereka suatu yang amat diperlukan merupakan suatu malapetaka. 

Pengalaman saya di kilang memproses satay saya suatu ketika dahulu, setiap kali selepas raya, permintaan bagi produk satay dan kuahnya akan meningkat 3 ke 4 kali ganda. Dan  operator pengeluaran terutamanya yang 100% orang tempatan, kemeriahan raya bermakna menyambutnya sehingga lesu. Cuti yang pendek hanya akan memberikan tekanan kepada staf yang memungkin notis tender jawatan diserah seawal sebelum raya lagi.

Jadi, persediaan bagi mengatasi masalah tersebut, saya akan menyiapkan stok-stok buffer sebanyak mungkin sebelum raya lagi. Dan selepas raya, permintaan yang tinggi hanya akan dibekalkan dari stok-stok yang sedia banyak yang disediakan sebelum Raya.

Sebaliknya, jika dijangkakan trend bisnes kita adalah dari jenis yang suam-suam kuku selepas raya, persediaan bagi mengurangkan pening selepas raya adalah liquidkan sebanyak mungkin semua stok-stok bisnes kita sebelum raya lagi.

 

Kedua :

Jika jangkaan bahawa perniagaan kita akan slow selepas Raya. Kita juga tidak sepatutnya sekadar pasrah. Gunakan peluang masa yang ada sepanjang Ramadhan untuk merancang pemangkin menaikkan momentum aktif selepas raya kelak. Saya sarankan, baki masa sebelum raya yang ada, kita manfaatkan untuk merancang pembikinan promosi perniagaan kita. Dengan harapan promosi yang kita dapat mainkan sebelum raya, semasa raya dan sebaik selepas raya, dapat membantu memanaskan permintaan terhadap perniagaan kita.

ReviewStations.com mungkin adalah platform yang boleh difikirkan bagi membantu anda mengadakan iklan-iklan video promosi yang kemudiannya boleh digunakan untuk dihebahkan menerusi media-media sosial. Tambahan lagi, slot-slot di ReviewStations.com  masih ada tawaran harga 80%. Maka disarankan, para peniaga mungkin boleh menimbang untuk membuat tempahan sementara peluang masih terbuka.

Bersedia Dengan Promosi Selepas Raya Jika Kita Mengjangka Perniagaan Kita Akan Slow Selepas Raya. Promosi adalah Pemanas Kembali Corak Permintaan Perniagaan Kita.

 

Ketiga :

Persediaan yang paling penting juga bagi menghadapi situasi selepas raya kelak adalah persediaan spiritual dan mental. Bersedialah untuk menghadapi apa sahaja dugaan dan rintangan mahupun peluang yang akan mendatang. Semuanya harus kita hadap dan laluinya dengan tenang dan bersungguh-sungguh.

Badri Jaafar

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

Kembali Ber Blog

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.com Studio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Saya Badri Jaafar. Jika nak dikatakan baru sebagai blogger, tidak lah juga. Rasanya suatu ketika dahulu saya juga antara yang rajin menulis blog. Tapi semuanya sebagai personal matter saya.

Hari ini pula, hari yang mana mentor saya Irfan Khairi memberikan penekanan pentingnya blog. Hari ini juga hari yang saya belajar untuk berblog untuk menaikkan SEO apa-apa yang kita usahakan. Jadi bertitik tolak dari hari ini, Insyaallah saya akan mula kembali aktif menulis di blog saya ini.

Semoga ianya mendapat manfaat kepada para pembaca semua. Pengikut-pengikut saya juga digalakkan meminta apa sahaja tajuk yang hendak saya tulis. Anda boleh minta melalui ruang komen di bawah.

Sekian dahulu sebagai permulaan dan pemanas badan.

Badri Jaafar

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.