Pahit Getir Perniagaan

Jika takut dibadai ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut gagal berniaga, baik bekerja dibawah majikan. Itulah undang-undang alam dunia perniagaan. Pahit getir perniagaan.

Bahasa moden bbnu (budak baru nak up), kalau takut, blah pi main jauh-jauh😀😀😀

Saya sendiri, pada 1998 apabila memikirkan untuk berhenti dari bekerja dibawah majikan tidak menjangka sehebat ini dan segelora ini rencah perniagaan.

Saya ingatkan, dengan pengalaman saya ketika itu yang banyak membangunkan usahawan-usahawan sehingga kebanyakkannya berjaya mampu saya copy dan paste kepada perniagaan saya sendiri. Saya fikirkan jika formula yang saya gunakan terhadap syarikat-syarikat yang saya payungi selama ini menjadi, pastinya ia juga akan menjadi untuk bisnes saya sendiri.

Semuanya tidak semudah itu.

Namun, kita juga patut tahu, ombak tetap ombak. Asalkan tiada tsunami, segarang mana pun gulungnya di lautan, tiba dipantai reda juga ia…

Begitu jugalah kerenah dalam perniagaan. Besar mana pun masalah mendatang, jika kita cekal hadapinya, pengakhirannya sama saja seperti ombak. Berlabuh manja disisir pantai.

Oleh itu, nasihat saya kepada rakan-rakan dan tak lupa untuk diri saya sendiri juga, marilah kita berani menghadapi ombak perniagaan kita. Usah gentar kerana biarpun ianya membadai pantai perniagaan kita, namun tiada kemusnahan teruk mampu dicetuskannya. Tambahan lagi, dunia moden mampu membaikinya.

Jika pantai kita terhakis, usah risau. Kita mampu menambak ia kembali sepertimana Penang, Johor, Singapore dan banyak lagi.

Jika perniagaan kita terkesan dek pahit dan getir badaian masalah, kita tambak kembali dengan pelbagai strategi baru.

Selamat berniaga. Usah takut berniaga kerana 9/10 kekayaan datangnya dari perniagaan.

Sebelum saya tutup artikel ini, nak promosi sikit. Sepanjang Januari 2019 ini, sesiapa yang ingin book awal pakej Fotografi Perkahwinan dari kami di keledek.com/lensa boleh berbuat segera kerana harga sedang disembelih. Hanya 30 slot sahaja untuk tahun ini dibuka. Tempah segera. Pasti tak rugi..🤣🤣🤣

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *