Patutkah Berduka Jika Result SPM Teruk !!

Esok result SPM akan diumumkan. Patutkah berduka jika result SPM teruk !! Atau perlukah kita berbangga sehingga kita rasa kita dah cukup bersedia menghadapi hari-hari mendatang berbekalkan SPM ini.

Anak lelaki saya yang seorang ini juga bakal mengetahui result SPM nya esok. Tapi specialnya budak sorang ni adalah kerana,  sejak 2 tahun dahulu lagi, saya tidak mengenakan tekanan kepadanya untuk meraih keputusan tinggi untuk SPM beliau. Ini sangat berbeza berbanding kakak-kakaknya yang terdahulu yang saya harapkan sangat-sangat memperolehi result cemerlang. Alhamdulillah, kakak sulong memperolehi 10A dan kakak kedua juga hampir sama keputusannya.

Tetapi anak lelaki saya Edri  Haziq, (Jangan segan silu untuk klik di link nama beliau) kenapa saya benarkan ia tidak fokus kepada mengejar result cemerlang dalam SPM nya. Biar saya nyatakan di lain kali saja kerana pada kali ini biar kita bincangkan fokus kepada tajuk utama kali ini dahulu, patutkah berduka jika result SPM teruk !!

Yang memegang camera adalah anak saya, Edri Haziq

(Sejak di tingkatan 5 lagi beliau telah saya didik sebagai profesional photographer. Dan pada tahun ini saja, prospek fotografi perkahwinan sedia untuk close deal telah mencecah ratusan events.)

Pada pandangan saya, tidak perlu berduka lara jika result SPM teruk. SPM bukanlah semata-mata keputusan yang akan menentukan keseluruhan kehidupan kita di masa depan.

Sedikit pengalaman peribadi saya sendiri. Semasa di zaman persekolahan sehingga zaman universiti, saya adalah pelajar cemerlang. Alam sekolah menengah, saya bersekolah di sekolah terpilih berasrama penuh. Hanya budak pandai-pandai layak ke sekolah begini. Dan result SPM saya melayakkan saya memasuki ITM (UiTM) sekarang ini. Saya juga dianugerahkan pelajar terbaik kursus saya pada 1995. Dengan result yang sentiasa cemerlang, saya jangkakan sayalah yang akan menjadi yang terbaik dikalangan rakan-rakan sekolah saya.

Sangkaan saya meleset. Walaupun saya berjaya dan dianggap cemerlang bagi sebahagian orang, namun jika saya bandingkan pendapatan saya dengan pendapatan rakan-rakan paling corot semasa zaman sekolah rendah saya, yang kebanyakkan memulakan kerja sendiri seawal umur 16 tahun, pendapatan mereka setara dan sebahagian lebih baik berbanding saya.

Seorang rakan sekolah rendah saya yang entah pendidikan akademinya tidak sehingga universiti pun, baru-baru ini semasa mendapat khabar bahawa beliau adalah taukey transport dan memiliki lori  trelar lebih 5 biji. Pendapatan bersihnya mencecah RM25,000 sebulan.

Seorang rakan sekolah menengah yang juga tidak pernah menjejak kaki di universiti dan hanya bekerja kampung, kini memiliki 4 biji jentera menuai padi dan 6 biji traktor pembajak sawah dan kebun. Pendapatan sebulan juga cecah puluhan ribu sebulan.

Bapa saudara saya juga jika boleh dijadikan contoh, bukan SPM sahaja yang beliau tidak duduki, namun PT3 juga tetapi usaha dengan tangan dan kerajinan beliau, kini dengan satu hasil harumanis sahaja, mampu memperolehi pendapatan lebih RM 300,000 untuk 6 bulan. Ini bermakna, sebulan RM50,000. Dan ini hanya dari satu sumber pendapatan, sedangkan beliau telahpun multiplykan sumber pendapatan beliau.

Jadi, dari contoh-contoh di atas, janganlah down terus jika result SPM yang diperolehi esok teruk. SPM bukanlah segala-galanya.

Namun, kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi result yang cemerlang, saya ucapkan TAHNIAH dan teruskan kecemerlangan anda di masa-masa depan.

Teruskan kecemerlangan anda semua dan suatu hari kelak anda semua sangat-sangat diperlukan oleh rakan-rakan tidak terpelajar anda untuk membantu mereka melebarkan empayar perniagaan mereka.

Badri Jaafar

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *