Saya adalah Verified Perfumist

Saya adalah verified perfumist. Ya betul, dan saya sendiri pun hampir terlupa yang saya pernah ditauliahkan sebagai perfumist oleh satu agensi beberapa tahun dahulu. Saya terlupa kerana saya kurang terlibat dalam industri ini.

Kenapa saya kurang melibatkan diri dalam lapangan perfume. Jawapannya mudah. Kerana saya berjinak dalam bidang ini hanya disebabkan desakan ingin tahu dari diri saya dan bukannya datang dari naluri semulajadi saya yang meminati industri perfume. Oleh itu, saya memang berjaya membuktikan saya ada kemampuan dan kemahiran, namun secara semulajadinya saya ulangi, “saya tidak meminati bidang ini”.

Saya memperolehi pengiktirafan dan pengalaman. Tetapi tidak memberikan saya keterujaan dalam mengembangkan kebolehan ini.

Berbeza dengan ilmu mengembang perniagaan khususnya dari sudut pemasaran. Ini adalah minat yang tertanam dalam jiwa saya. Saya boleh bercakap berkenaan pemasaran seharian tanpa jemu dan kering idea kerana inilah minat saya.

Mengenangkan semalam, saya bersembang tentang pemasaran bersama Kak Nani dan Abang Nazri yang merupakan pengasas produk Double Curcumin dari 2.00 petang sehingga tanpa sedar 9.30 malam. 7 jam berlalu tanpa sedar. Tanpa letih. Dan tanpa hasrat ingin menamatkan perbualan kerana bosan. Semuanya berlaku di sebabkan itulah minat saya dan itulah darah daging saya. Bercakap berkenaan perniagaan dan pemasaran adalah darah daging saya.

Bukan setahun dua ini saja saya terlibat dalam pengembangan perniagaan dan pemasaran. Sudah hampir 30 tahun bermula dari 1994 lagi. Walaupun bidang akademi saya adalah teknologi makanan, namun kecenderungan peribadi saya adalah pengembangan dan pemasaran consumer goods.

Moral of the story, berkecimpung dan berkerjayalah dalam bidang yang kita betul-betul minati, dan elak dari memasuki dalam bidang-bidang tertentu yang kita paksa diri atau keterujaan kita dalam bidang berasaskan semangat membara sahaja. Kelak ianya kemungkinan besar akan terbengkalai di tengah jalan.

Badri Jaafar

 

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.com  Studio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

 

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *