Manfaatkan Trending Untuk Promosi Jenama..

 

Slot Samarinda Nur punya pasal, Sup Bunjut menjadi trending dengan tiba-tiba. Sedang elok lah nak raya pulak tu. Pasti banyak sup bunjut akan digunakan dalam masakan-masakan bagi menjamu tetamu yang hadir berhari raya nanti. Orang Johor pastinya tak dapat lari dari menggunakan sup bunjut untuk masakan Soto nanti.

Bila sup bunjut trending, saya cuba search sup bunjut dalam pakcik Google. Yang keluar tak lain tak bukan, Sup Bunjut Adabi.

Dalam fikiran saya….pandai sungguh Adabi menggunakan teknik menanam jenamanya melalui kaedah Trending ni…

Adakah terjadinya  sesuatu Trending itu dengan motif pengiklanan suatu  jenama itu kebetulan atau dirancang ?

Soalan ini juga ditanya oleh seorang rakan dalam kelas  Irfan Khairi minggu lepas.

Pada pandangan dan pengalaman saya (yang hampir 20 tahun dalam industri penjenamaan dan pengiklanan)…

Trending, biasanya dirancang. Tujuannya adalah sebagai alternatif kepada TVC (Iklan Komersial) biasa.  Bayangkanlah, selepas viral dan trending Sup Bunjut Sihir dari slot Samarinda Nur… maka pelakon utama watak sup bunjut viralkan pula beliau menggunakan jenama Adabi dalam akaun media sosial personal beliau.

Nampak tak permainannya.

Jadi tak salah rasanya telahan saya, Adabi pandai menggunakan teknik Trending sebagai alternatif pengiklanan produk mereka. Apa yang pasti,pandai-pandailah kita “Manfaatkan Trending Untuk Promosi Jenama..”.

Jangan lupa…

HANYA BEBERAPA SLOT OFFER YANG TINGGAL SAHAJA! Rebut peluang, buat tempahan awal bagi slot Program ReviewStations.com. Suatu cara mengiklan yang jimat dan terbukti berkesan di tahun 2018 ini. Lawati www.ReviewStations.com . Jika anda bernasib baik, mungkin anda boleh mendapat offer sehingga 80% dari harga sebenar.  Klik di sini sekarang! atau hubungi saya di 012- 6057259. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO.

Badri Jaafar

 

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi Program ReviewStations.com Studio Pixel Bebas bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

 

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

One Reply to “Manfaatkan Trending Untuk Promosi Jenama..”

  1. Pretty nice post. I simply stumbled upon your blog and wished
    to say that I have really enjoyed surfing around your weblog posts.
    After all I will be subscribing on your feed and I hope you write again soon!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *