Tidak Mustahil Memperolehi Lebih RM 200 Ribu Dalam Tahun 2019

Salam dari saya,

Selamat meraikan tahun baru 2019. Ini adalah hari yang kita tunggu-tunggu bagi meningkatkan semangat memulakan sesuatu. Mari sama-sama meninggalkan segala yang negatif pada tahun-tahun lalu dan mula mengorak langkah positif demi kecemerlangan bersama bermula hari ini, iaitu 1 Januari 2019.

Seawal pagi tadi, saya sibuk mengamati perakaunan perniagaan saya sepanjang 2018. Alhamdulillah, di era rencam yang disebut-sebut sebagai ekenomi gawat, malap dan hambar, alhamdulillah rupanya perniagaan saya mencatatkan surplus iaitu keuntungan. Ini setelah mengambil kira pelbagai aktiviti perniagaan yang diusahakan. Biarpun sebahagian aktiviti perniagaan belum menghasilkan impak keuntungan yang besar, misalnya keledek.com/lensa yang baru bertatih, namun keledek.com/training memberikan pulangan yang mampu menampung segala kelopongan. Ini menyuntik semangat untuk saya terus memikirkan bagaimana mengorak perjalanan perniagaan bagi 2019 pula.

Perakauanan saya bagi 2018 menunjukkan, dengan mengekalkan 300 peserta setiap bulan untuk Kursus Pengendalian Makanan sahaja, ianya mampu menjana tidak kurang dari RM180,000 setahun. Untuk mengendalikan Kursus Pengendali Makanan ini, kosnya pun sangat kecil. Jadi keuntungannya besar walaupun caj yang dikenakan sangatlah murah. Hanya RM 50 seorang.

Saya menetapkan, bermula 2019, Keledek Training akan sekali lagi menumpukan kepada usaha mengajar Kursus Pengendali Makanan ini. Saya juga menetapkan sasaran 400 peserta secara konstan setiap bulan.

Memandangkan Keledek Training telahpun sedia mempunyai ramai tenaga pengajar tersedia, dan bergerak aktif diseluruh negara, saya yakin sasaran 400 peserta setiap bulan mampu di capai dan mampu menjana pendapatan kepada kumpulan keledek.com sekurang-kurangnya RM240,000 setahun.

Cukuplah angka RM 240,000 itu. Asalkan “Tidak Mustahil Memperolehi Lebih RM 200 Ribu Dalam Tahun 2019” menjadi kenyataan.

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *