3 Tip Fotografi Untuk Nampakkan Produk Makanan Mengiurkan

3 Tip Fotografi Untuk Nampakkan Makanan Mengiurkan

Sebagai teknologis makanan dan terlibat dalam industri makanan, tugasan melibatkan penggayaan makanan (food styling) adalah kemestian kepada saya. Satu dari tugasan pertama saya terlibat adalah diminta membantu dalam tugasan photoshoot produk-produk Adabi untuk majalah masakan ketika itu (1994). Saya belajar banyak perkara mengenai penggayaan makanan (food styling) serta kepentingan prop dalam penghasilan gambar makanan yang menarik. Saya kongsikan sedikit ilmu dari pengalaman-pengalaman saya.. Sudilah membaca.

Tip Fotografi Makanan

#1 – PILIH BAHAN MENTAH YANG SEGAR.

Kalau buah, kulitnya dah lebam. Kalau sayur, layunya dah tahap makanan arnab, lupakan hasrat nak gambar cantik. Baru-baru ini, seorang pelanggan saya datang ke studio membawa buah delima dan buah mangga yang sekali tengok pun saya dah geleng kepala. Bila siap fotoshoot, beliau bandingkan gambar yang diambil beberapa bulan terdahulu. Soalan pertama beliau, kenapa kali ni tak cantik macam lepas. Jawapannya, anda jawab sendiri.

Tapi dalam kes tertentu, sekiranya bahan mentah ada sedikit kecacatan, namun masih ada ruang untuk diselindungi, ubah posisi kecacatan bahan mentah itu supaya ianya tidak dilihat.

quinoa-salad

#2 -PENCAHAYAAN TERSANGAT PENTING!

Pencahayaan yang cukup adalah kunci kepada menampakkan tekstur makanan dan membuatkan makanan nampak mengiurkan. Ianya juga mampu menaikkan imej yang ingin kita tonjolkan. Asap-asap makanan mungkin boleh kelihatan jika cahaya cukup semasa fotoshoot.  Cuba bandingkan 2 gambar di bawah. Ianya membuktikan dengan pencahayaan berbeza, hasil gambar juga berbeza. Itulah juga sebabnya profesional fotografer masih diperlukan dalam industri walaupun dunia kini ada beribu pilihan dslr sendiri ataupun kamera handphone.

Inginkan khidmat Fotografi Makanan dari kami , www.keledek.com/fotografi-produk

_MG_2962-600px

Lihat perbezaan berbanding di bawah. Anda suka yang ini?

_MG_2969-600px

Ataupun anda suka gambar yang ini?

#3 – BUATKANNYA SIMPLE

Jangan masukkan benda yang tak perlu. Jangan semakkan gambar anda. Jangan masukkan perkara-perkara yang mengganggu fokus gambar makanan yang anda hendak tonjolkan.  Kadang-kadang saya ternampak orang mengambil makanan yang berlatarkan pokok-pokok. Atau air terjun. Atau bangunan idola. Pada saya ianya gangguan. Make it simple, potretkan makanan sahaja dengan sedikit hiasan ringkas. Itu jauh lebih baik.

Ingat, makin simple makin fokus target kita.

QuinoaKaleSoup

Nak lebih lagi tip-tip dari saya, follow rapat-rapat blog ini.

Siapa BADRI  JAAFAR ! Terlibat dalam industri Jualan dan Pemasaran terutamanya penjenamaan dan pengiklanan lebih 20 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding dan Pengerusi ReviewStations.com Keledek Lensa Studio bimbingannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Food Technologist yang terlibat dalam industri FMCG terutamanya berkaitan jualan, pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan lebih 25 tahun. Kini aktif sebagai perunding Branding, Pengiklanan dan Pemasaran serta Penyedia Latihan .    Keledek Lensa kendaliannya juga banyak membantu peniaga-peniaga membuat photoshoot produk yang profesional untuk sebarang tujuan iklan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *